* Cintailah aq sebagaimana engkau mencintai ALLAH, dan Cium la aq sebagaimana engkau menciumi Al-Quran, tapi jangan mencintai aku hanya nafsu mu semata - mata, kerana itu pasti akan ku elakkan dengan izin ALLAH S.W.T, kerana setiap orang inginkan yang terbaik, bukan hanya diri ku sahaja.. dan terima la diriku dengan seadanya..* ♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥
Agama Dan Akhlak Tunjang keluarga sakinah
yang ni pun saya dapat dari sebuah majalah, bila da baca n rasa ada kebaikan dia, saya suka berkongsi dengan kawan-kawan semua.. hehehe..
Kehidupan yang rukun dan damai, saling sayang menyayangi, hormat menghormati, bertoleransi dan saling bantu membantu adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga yang bahagia bermula dengan pemilihan pasangan yang akan dijadikan kepada suami atau isteri. Ini adalah tujuan pernikahan adalah mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :
“Dan diantara tanda-tanda kebesaran ALLAH itu bahawa Dia dijadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapat ketenangan bersamanya. Kemudian ALLAH ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah” (Surah Al-Rum:21)
Dalam hadis nabi pula, digariskan beberapa kriteria yang perlu ada untuk seseorang memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup. Bagi lelaki, Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan keatas pilihan yang berasaskan agama. Bagi wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami.
Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring dan sejalan, berkongsi suka dan duka serta bersama-sama melayari kehidupan yang penuh cabaran demi mencapai datu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.
Tidak dikatakan rumah tangga sekiranya ia tidak diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki ALLAH walaupun keadaan rumah tangga itu Nampak tenang dan aman. Dalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumah tangga menjadi faktor penting. Perkara utama yang patut dilakukan oleh suami ialah berakhlak dengan isterinya.
Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah bersikap sabar dalam mendidik isterinya, dan sabar menghadapi dugaan serta cabaran disebabkan kerenah isteri.
Umpamanya, ketika isteri marah, suami hendaklah menaruh perasaan belas kasihan dengan mendiamkan diri dan bersabar. Jangan dilawan cakapnya atau tak ambil peduli dengan kata-kata isteri. Tunggu dan diam sehingga isteri selesai berkata-kata kerana apabila telah habis melepaskan luahan hatinya, isteri akan kembali tenang, fikirannya adalah di atas lidah sahaja pada ketika itu.
Rasulullah s.a.w ada menyatakan bahawa sesiapa yang sanggup menahan penderitaan atau sabar di atas kejahatan serta perangai isteri mereka, ALLAH s.w.t akan memberi mereka pahala sebagaimana pahala Nabi Ayub a.s. Menurut sirah, Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya. Baginda dapat menahan segala kemarahan terhadap isterinya yang kadang-kadang mempunyai pelbagai ragam.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik dengan isterinya. Aku adalah orang yang paling baik dengan isteriku.”
Diriwayatkan pernah Aisyah menolah Rasulullah s.a.w dari belakang sehingga baginda hamper terjatuh lalu ibu Aisyah yang menyaksikan kejadian tersebut bertindak menampar muka Aisyah. Kemudian berkata Rasulullah s.a.w, “biarkan dia begitu, sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi.”
Sewajarlah para suami mengambil iktibar daripada ragam isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sebenarnya ALLAH s.w.t menjadikan isteri-isteri Rasulullah s.a.w demikian ragamnya supaya dapat menjadi contoh kepada umat Nabi Muhammad yang kemudian ini tentang akhlak Rasulullah s.a.w bila berhadapan dengan isteri-isterinya.
Si suami bukan sahaja mesti bersabar dengan kelakuan isteri-isterinya malah disuruh juga bergurau senda dengan isterinya. Nabi juga menyuruh para suami bermesra dengan bergelak ketawa dengan isteri. Malah Rasulullah s.a.w sendiri gemar bersenda gurau dengan isterinya sehinggakan semasa Rasulullah s.a.w bergurau dengan isterinya seperti sindir menyindir, cubit mencubit dan sebagainya.
Selain itu juga Suami perlu membantu isteri dalam tugas-tugas di rumah sebagaiman telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w
1 comment:
assalam..kite nak copy something untuk kelas psk ...harap dihalalkan..sekian
Post a Comment