Assalamualaikum..
korang,tengok tak reality variety show Barefoot friends.. terus terang saya katakan rugi tak tengok ni.. tahu tak bila tengok ni boleh memberikan semangat kepada kita.. best.. it's the best.. i'm crying when i'm see this, kenapa cry? cerita ni sedih ka?.. nope it's not cerita yang menyedihkan, tapi cerita ni memberikan saya semangat, terharu n happy sangat2 seolah2 saya berada bersama para peserta tu.. mereka artis k-pop tapi sanggup ikut siri ni untuk menghadapi segala cabaran n dugaan sebagai manusia biasa, bekerja, mencari duit d negara asing, mereka yang tak pandai sangat berbahasa inggeris, mereka hanya tahu menggunakan korea, tapi mereka sanggup menghadapi cabaran ini, mereka berani mengharungi cabaran ini.. wahhh.. i'm proud with them..
sebelum mengikuti siri ni mereka tak tahu apa yang mereka perlu lakukan dalam barefoot friends ni, sesampai je d vietnam mereka diberitahu apa aktiviti mereka, seawal 4 pgi mereka bangun n still terkial2 apabila diarahkan untuk bekerja kerana krue mereka takkan memberikan mereka duit or makanan, so mereka kena bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi.. bayangkan satu sen duit pun mereka tak da time kat vietnam n indonesia, mereka disuruh or if bleh katakan dipaksa untuk bekerja demi mencari duit untuk makan, mereka sanggup menahan lapar demi mencari duit untuk sesuap nasi, ni la cabaran mereka, n time kat indonesia mereka wat kerja gendong, kerja jual bakso, wahh, cabaran ni, tanpa segan silu, mereka lakukan juga kerja itu, n tahu ini adalah cabaran untuk mereka,
paling best.. paling terharu when they challenge themselves to do diving..selama one month and a half they practice for that.. n finally they got it.. i'm so impressed with them..
his name is Kang Ho-Dong.. dialah pengacara dia juga peserta dalam barefoot friends ni.. dia seorang yang takut kepada ketinggian, at the first time nak practice diving, dia lansung tak berani nak ke bhgian 1m, oleh kerana dia takut dengan ketinggian, tapi dia cuba juga menghadapinya, dia try untuk terjun, n at last he dit it.. n semakin hari semakin berani ke 3m n then ke 5m.. i'm proud with him.. dia berani mengatasi ketinggiannya sedikit demi sedikit, dia berjaya.. n berjaya melakukan type A until type C for the dive.. alhamdulillah.. n ke international diving.. finally his fear of diving semakin menghilang..congrats to him..
dia.. kim hyun-joong prince asia.. hehe.. handsome kan.. saya tertarik dengan semangatnya bukan kehenseman dia, tapi semangat setia kawan, tabah hadapi cabaran n dugaan, sanggup berkorban demi fans dia, even his tried but he try to be the best among the best, untuk pa, hanya kerana for his fans.. ok.. kita teruskan cerita k, time barefoot friends kat indonesia, dia sanggup lakukan gendong n dia yang paling dapat banyak duit, rezeki dia, sebab dia baik hati kot, hehe, n paling best duit tu dia share2 dengan kwan2 dia untuk makan, see, he take care their friends relationship, time nak dapatkan udang batu, dia berani harungi batu2 kat tengah lautan tu, dapatkan udang, n then share lagi dengan kawan2, kawan2 yang lain berani harungi juga but tak berani nak ambil udang tu, see his so brave.. time practice untuk diving, dialah org pertama yang ke setiap papan n time first sampai ke 10 m dia merangkak tak berani melihat ke bawah, dia takut, may b it's too scary kan.. even i pun belum tentu dapat sampai tahap itu or tak.. hehe.. from master to international match diving, dia dapat markah tertinggi, tak sia2 coach menaruh harapan pada dia, lebih2 lagi dia master type A, he will do prefectly with type A, n nak tahu something, time 1st dia takut nak naik ke tahap 10 m kan.. but his try hard to get there n time match tu baru dia berani sampai ke tahap 10 m.. n dia berjaya melakukan type A dengan sempurna.. his got that.. congrats to him..
eun-hyuk from super junior.. i'm direct to diving story, sebab time ni baru nampak keberanian mereka n usaha mereka untuk menghadapi fear of height n water, hehehe.. eun hyuk, like pro je dalam diving ni, sebab pa?.. kerana time 1 m, 1 st time practice, from type A until C dia mampu wat semua type dengan prefect, n time nak buat spins tu dia practice, hari2 practice even time dia tengah buat rakaman dia still practice the spins, n know his feel pressure with it, but he do it, n he must do it, him practice so much n he say if his not doing the best with this he will unable to sleep n always think about it n will regret with that.. alhamdulillah, he did it, after he do the spins he cry, cry for his happiness, cry for his succeeded, n again, nothing imposible right if u try hard to do it, eunhyuk do this for one month and a half n he did it.. n he successfully do one and a half turns.. congrats to him..
yoon shi yoon, time tengok dia berusaha untuk belajar berenang, memang betul2 sedih.. sebab dia betul2 berusaha untuk belajar berenang.. n time competition tu alhamdulillah dia dapat wat.. dia lah yang dapat buktikan yang dia mampu lakukan.. n atas usaha dia juga dia pandai berenang..
PENGAJARAN kat sini.. saya pun harus berusaha untuk menjadi terbaik.. sekarang ni ambil kos farmasi, walaupun takde basic chemistry, biologi n add math.. but saya harus bukan harus but wajib berusaha.. kena rajin.. dapatkan 3 pointer ke atas baru dapat scholarship..saya kena rajin, kena ingat yang mama n papa n ramai lagi orang yang membantu saya untuk menjadi the best.. thanks to them.. n saya pn harus buktikan yang saya mampu lakukan nya.. BE THE BEST AMONG THE BEST..
please.. please..please.. doakan saya k....
enjoy this episode..
* Cintailah aq sebagaimana engkau mencintai ALLAH, dan Cium la aq sebagaimana engkau menciumi Al-Quran, tapi jangan mencintai aku hanya nafsu mu semata - mata, kerana itu pasti akan ku elakkan dengan izin ALLAH S.W.T, kerana setiap orang inginkan yang terbaik, bukan hanya diri ku sahaja.. dan terima la diriku dengan seadanya..* ♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥
Ancaman ‘racun putih’ iaitu GULA PASIR???..
Oleh Dr Norman Mohd Norawi
GULA menjadi satu ‘budaya’ dalam masyarakat Malaysia hari ini. Masyarakat kita terlalu bergantung kepada gula. Kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Madu adalah bahan yang dikaitkan dengan kesihatan. Madu disebut dalam al-Quran sebagai satu makanan berkhasiat dan boleh dijadikan ubat.
Kajian sains membuktikan fakta ini. Madu digunakan sejak zaman purba sebagai ubat dan merawat pelbagai jenis penyakit. Walaupun rasanya manis seperti gula, kesan kedua-dua bahan ini amat bertentangan dari aspek kesihatan.
Sejarah gula di Malaysia bermula selepas era penjajahan British yang membawa produk ini ke negara ini. Sebelum abad ke-18, manusia hanya menggunakan madu sebagai pemanis dalam makanan atau minuman. Tebu dimakan secara terus untuk kemanisannya.
Ahli sejarah percaya gula digunakan masyarakat di India 500 tahun sebelum masihi. Ia dihasilkan daripada tebu yang tumbuh secara semula jadi di negara itu. Ia dipanggil ‘khanda’ yang menjadi asal kepada perkataan ‘candy’ dalam bahasa Inggeris.
Era penjajahan membawa kepada penghasilan gula secara industri dan hamba yang dibawa dari Afrika digunakan untuk berkerja di ladang tebu di barat.
Gula dikilang pada abad ke-18 bermula dengan perladangan tebu di West Indies dan Amerika. Pada abad ke-19 gula mula dihasilkan dari ‘ubi bit’ yang lebih sesuai ditanam di negeri berhawa sejuk.
Kini, gula menjadi suatu barangan yang ‘wajib’ dalam setiap rumah di seluruh dunia. Pengambilan gula meningkat dengan ketara. Tahun lalu, penghasilan gula dunia adalah 168 juta tan setahun.
Secara purata setiap manusia menggunakan 24 kilogram (kg) gula setahun, iaitu 2kg gula sebulan. Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pulau Pinang (CAP) mendapati masyarakat di negara ini menggunakan 27 sudu gula sehari. Ini berbeza dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula yang sihat ialah kurang dari 10 sudu gula sehari.
Gula pasir putih atau sukrosa adalah bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa dan sirap mapel. Semua jenis gula ini adalah karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama dalam makanan.
Menurut kajian saintifik, gula pasir dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang dan osteoporosis.
Gula mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi, oleh kerana penggunaan gula yang amat tinggi dalam masyarakat kita maka ia menjadi punca kepada pelbagai penyakit.
Makanan yang mempunyai GI yang tinggi adalah punca kepada masalah sindrom metabolik atau sindrom X. Fakta ini saya catatkan dalam buku saya, “8 Rahsia Menguruskan Badan Tanpa Berdiet”.
Anda boleh melayari blog: doknorm.co.nr untuk maklumat lanjut.
Di antara perkara yang tidak kita sedari adalah gula tersembunyi yang banyak di dalam makanan. Hampir semua makanan proses menggunakan gula. Kuih-muih, kek, biskut, coklat dan pastri amat kaya dengan gula.
Minuman bergas dan kordial juga mengandungi gula yang tinggi. Tahukah anda minuman ‘3 dalam 1’ sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula.
Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh WHO. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda.
Pakar pemakanan terkenal, Dr William Coda Martin melabelkan gula sebagai ‘racun putih’ pada tahun 1957. Menurutnya gula adalah punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula adalah karbohidrat tulen tanpa vitamin dan zat mineral.
Oleh itu, gula akan ‘melahap’ vitamin dan garam mineral yang sangat berharga daripada tubuh manusia semasa proses metabolisme tubuh.
Kajian sains terbaru yang dilaporkan dalam jurnal perubatan ‘Neuroscience’, pada 2008 mendapati gula mempunyai sifat seperti bahan ‘ketagihan’ yang menyebabkan penggunanya amat susah meninggalkan pengambilan gula setiap hari.
Lebih banyak lagi kajian yang serupa dilaporkan dalam pelbagai jurnal perubatan yang boleh dirujuk pada laman PubMed di Internet.
Kajian juga menunjukkan secara perlahan-lahan kemanisan gula semakin kurang dirasakan oleh lidah yang bermaksud pengguna gula akan memerlukan lebih banyak gula secara beransur-ansur untuk mendapat kemanisan yang sama.
Terdapat juga pelbagai jenis gula sintetik yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang sangat tinggi seperti Maltodekstrin yang banyak digunakan dalam makanan dan minuman proses yang ada dalam pasaran sekarang.
Pengambilan gula sintetik ini adalah berbahaya kepada kesihatan kita. Oleh kerana itu tidak hairanlah masalah diabetis atau kencing manis amat tinggi sekarang.
Menurut survey Kementerian Kesihatan yang dilaporkan NHMS I, pada tahun 1986 kadar pesakit diabetis adalah 6.9 peratus, dan jumlah itu meningkat dalam laporan NHMS III kepada 14.9 peratus pada tahun 2006.
Ia selari dengan peningkatan penggunaan gula di Malaysia dari 85gm sehari pada tahun 1985 kepada 105gm sehari pada 2002.
Kesimpulannya, peningkatan penggunaan gula di Malaysia adalah berkadar langsung dengan peningkatan jumlah pesakit diabetes atau kencing manis.
Seiring dengannya adalah peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik lain seperti sakit jantung, kolesterol dan darah tinggi. Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh.
Kadangkala kita terkeliru kerana menyangka lemak atau minyak menjadi punca kepada masalah kegemukan. Persoalan sama ada menaikkan harga gula akan menyebabkan pengurangan penggunaan gula masih boleh diperdebatkan, yang pastinya pendidikan bahaya gula lebih penting untuk mendidik masyarakat risiko kesihatan akibat pengambilan gula yang berlebihan.
Justeru, mengurangkan penggunaan gula adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Beransur-ansur kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan harian kita hingga ke paras yang disyorkan iaitu kurang daripada 10 sudu gula sehari.
Jika anda suka rasa manis, ambillah buah-buahan yang manis yang lebih sihat di samping kaya dengan vitamin dan garam mineral yang amat penting untuk fungsi tubuh manusia.
Didiklah ‘lidah’ anda untuk mengurangkan rasa suka kepada benda manis. Kurangkan pengambilan makanan ‘proses’ untuk mengurangkan pengambilan gula tersembunyi. Kurangkan gula demi untuk kesihatan yang baik.
Penulis ialah Pengamal Perubatan Am Pengkhususan Anti Penuaan & Perubatan Regeneratif
Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh
“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35]
“Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”[surah 24; an-Nur; ayat 46]
Saya percaya… ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak diluar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt.
Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.
Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya. Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.
Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru ‘dipanggil’ pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3:
Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah.
Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali ‘terpikat’ dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.
Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.
Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya seperti respon yang pertama,
Renungilah firman Allah;
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]
Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.
Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.
Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, namun, masih keliru apa yang perlu dilakukan. Mungkin TIPS-TIPS AWAL di bawah ini dapat membantu untuk memulakan langkah:
Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh:
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
Contoh 1: Tudung Akel bidang 50.
..
Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
Contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.
9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.
Contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.
CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.
Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.
Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.
Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]
Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.
Firman Allah swt; “Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan),maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” [surah 29; al-ankabut; ayat 6]
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR Bukhari & Muslim]
Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. Sesungguhnya, anda bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.
Semoga bermanfaat, insyaAllah.
p/s: Melalui pengalaman saya sendiri, saya mencintai penghijrahan saya. Malah, tips-tips di atas ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah kuatkan hati saya untuk tetap di jalan ini. Malah, sejak penghijrahan saya, saya berasa lebih tenang & gembira. Tak dinafikan memang banyak ujian & cabaran. Namun, Alhamdulillah, Allah mempermudahi semua kesukaran yang saya hadapi.
Saya berdoa semoga Allah menggerak & menguatkan hati sahabat2, adik2 serta kakak2 yang saya kasihi kerana Allah semua untuk turut berhijrah kembali kepadaNya & merasai keindahan rasa menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah…

Oh Cinta~ by Wardinah Safiyyah
Hadirlah cinta dalam hidupku. Masalahnya cinta memang sudah ada dalam hidup mu. Kamu dilahirkan kerana cinta. Kamu dicipta kerana cinta. Kamu hidup kerana cinta. Kamu bernafas kerana cinta. Kamu makan kerana cinta. Cinta Yang Maha Mengasihi yang paling Menyintai. Dengan segala dosa yang kita ulang kali lakukan namun masih diberi nikmat untuk makan, minum dari rezekiNya, tak malukah kita?
Para pembaca, itu lah cinta sebenarnya. Pernahkah kita duduk untuk berfikir, betapa banyaknya salah dan maksiat kita lakukan setiap hari? Saya pernah dan saya saban kali kecewa kerana sering gagal, terus melakukan dosa-dosa kecil setiap hari. Namun pengharapan saya agar ketika sujud dan solat, Allah Al-Ghaffur mengampuni saya. Ya! Allah tetap memberi kita peluang. Allah berfirman dalam Quran yang bermaksud “Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.” (QS. Az Zumar: 53) Walaupun kita sudah melampui batas, sedangkan sudah berulang kali diingatkan di dalam Quran bahawa ….Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Bukankah itu cinta? Antara kriteria cinta adalah memaafkan dan memberi peluang.
Namun dalam hati manusia ini kamu masih merasakan hanyalah si “dia” yang akan mencintai kamu dengan sepenuh hati dan kamu mengharap bahawa si “dia” akan mencintai kamu sampai mati. Si “dia” atau DIA? DIA yang menyintai kamu kerana DIAlah yang mencampakkan cinta ke dalam dada kamu. DIA itu TuhanMu yang Maha Esa. Allah yang memberikan kamu perasaan cinta itu. Mana mungkin kamu “bercinta” tanpa menyintai Allah SWT Al-Wadud sumber cinta. Apabila ada yang menyintai sang suami melebihi Tuhan maka anda hanya membinasakan diri sendiri. Selamatlah saya ucapkan kerana anda selamanya tidak akan bahagia apabila bergantung cinta kepada manusia.
Apabila cinta diklasifikasi oleh media dan disogok sebagai CUMA hubungan lelaki dan wanita yang penuh berahi itulah masalahnya. Filem Hollywood dan Korea menjadi rujukan betapa romantisnya manusia. Beranganlah kita si dia akan bersikap serupa. Tidak dinafikan cinta antara lelaki dan wanita memang sungguh istimewa. Ya kerana itulah Hawa dicipta. Sebagai teman untuk hidup dengan Nabi Adam a.s dengan penuh kasih dan sayang. Ya memang perasaan antara Adam dan Hawa iaitu lelaki dan wanita hadir dengan perasaan berahi. Itulah nafsu yang menjadikan dan mengesahkan bahawa kita ini manusia bukan malaikat.
Nafsu itu akan tetapi, perlu diakui amat cendurung kepada kejahatan. Kata Nabi Allah Yusuf A.S “Dan aku tidak menganggap bahwa diriku terbebas dari kesalahan, karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan…” (Yusuf: 53) Dan ada diantara nafsu kita ini sudah terlalu lama dibiarkan buas, berkeliaran dan lari seperti kuda-kuda liar tanpa tujuan.
[ Gambar hiasan ]
Orang yang bijak akan sentiasa cuba untuk menyucikan diri dari nafsu yang liar. “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” ( Asy-Syam [ 91] 9-10) Mereka yang beriman akan merasa tidak selesa dengan nafsu yang buas berlari, mereka menyedari mereka perlu melakukan sesuatu. Nafsu mampu ditundukkan kerana kitalah yang mengawalnya. Ya KITA! Saya dan anda. Kita lebih berkuasa, jangan diberi stering itu kepada nafsu. Kelak hancur merana. Sudah berulang kali diingatkan dan dipesan nafsu ini mampu ditundukkan dengan solat, Quran, puasa. Solat lagi, bangun tengah malam dan praktis menahan diri.
Jangan buat apa yang kita rasa kita NAK buat tapi buatlah perkara yang kita TAK NAK buat. Rasa nak sms cinta hati namun pergi berwudhu’ dan beristighfar. Jangan dilayan nafsu itu. Jangan dibelai dan diusap-usap seperti kucing Parsi yang gemuk dan gebu. Aduhai indahnya dibuai perasaan berahi ini. Namun nafsu ini tidak pernah kenal erti puas. Setelah melakukan dosa, setelah memuaskan nafsu ini dengan ber-SMS dan ber-WhatsApp pukul 3 pagi misalnya, kemudiannya kita mahu lebih lagi. Setelah memuaskan yang lebih itu kita kemudian akan mahu lebih lagi. Dan lagi dan lagi. Tak pernah puas nafsu ini. Tak akan puas. Jadi soalnya sampai bila mahu dikejarkan nafsu yang rakus dan tidak mahu berhenti itu? Sampai bila? Mahu dibawa kemana?

[ Cinta ]
Sibukkan diri dan kadangkala berhenti! Ya berhenti ! Berhenti! Berhenti! Kata Sheikh saya beliau berhenti bagai patung kemudian berkata “Baiklah syaitan! Aku tahu apa kau cuba lakukan, pandai kamu ya” dan kemudian beliau akan ucapkan “A’uzubullahiminsyaitanirrjim” kerana mungkin saja bisikan itu dari syaitan. Kini kadangkala saya berhenti, apabila timbul atau terlintas yang jahat-jahat dalam kepala ini. Saya lafazkan ucapan penuh kuasa itu. Kerana syaitan itu memang sengaja, sengaja, sengaja mahu kita berdosa. Ancaman menyesatkan manusia itu benar. Sangat benar. Tundukkan nafsu dengan mengawal makan dan tidur. Jangan lebih makan, jangan lebih cakap, jangan lebih tidur. Banyaknya cara untuk menuundukan nafsu. Namun kita lebih senang dibawa berlayar oleh nafsu terus ke lautan biru. Kemudian tatkala ombak datang kita terhempas dan menyesal. Kenapa aku begitu berani berlayar? Aduh nafsu kau memang membuatkan hidupku celaru.
Hati-hatilah dengan mainan ‘cinta’ wanita dan lelaki ini. Banyak yang sudah ditipu, tertipu dan menipu. Suami orang, isteri orang…ianya bermula dengan mata. Mata, cinta, pegang dan zina. Jagalah mata wahai pembaca. Jagalah hati, tundukkanlah nafsu dengan mengawal pandangan anda. Di mana saja. Hatta di skrin i-pad, computer dan TV. Tundukkan pandangan sebagaimana firman Allah dalam Quran.
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)
Ianya bermula dengan anda adik-adik lelaki ku. Tundukan pandangan. Jaga, jaga, jaga! Merenung gambar seseorang dalam FB itu juga pandangan yang mungkin akan membawa kemudaratan. Tahanlah. Belajarlah unuk mengawal anugerah mata yang istimewa ini supaya di akhirat kelak sang mata akan berkata “Aku telah berusaha untuk menjaga dan melihat yang baik-baik sahaja wahai Tuhanku” Kerana mereka yang menahan nafsu itu balasannya syurga. “Dan adapun orang-orang yang takut dengan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” Quran: Surah An-Naziat 40&41.
Ya! Syurga destinasiku maka perlu aku berusaha mengawal segala jenis nafsu ku ini. Termasuklah nafsu makan dan tidur sekali. Termasuklah nafsu yang cuma mahu bersenang, berhibur, bermalasan dan membeli.
Kita dibuai, digoda, dibisik ke dalam jiwa segala yang mekar, indah dan berbunga. Bukalah radio dan TV cerita cinta lagi dan lagi. Mendodoikan jiwa yang sudah pun gundah gulana ke alam fantasi dimana semuanya bagai pelangi selepas gerimis pagi. Tiada yang buruk , tiada cacat dan cela. Kajian menunjukkan tatkala bercinta kita akan membesarkan segala yang “baik” mengenai pasangan dan meremehkan segala keburukkannya. Ya! Itulah hakikat. Tapi mereka yang TAHU dan hidup dalam alam realiti akan cepat menggunakan akal dan mengawal berahi yang penuh fantasi.
Ya!. bangunlah kepada realiti. Semua mahu menyintai dan dicintai, tapi kawallah diri dan pilihlah untuk bercinta dalam alam realiti. Bagi mereka yang bijak, mereka berpijak di bumi bukan pelangi. Cinta yang dipenuhi berahi bukan cinta sejati. Zina dalam apa jua bentuk dan kononnya menyayangi atas dasar nafsu seksual semata BUKANlah cinta hakiki. Apabila bangun untuk hidup di alam realiti dan bukan fantasi anda perlu membuat keputusan itu dengan sedar, kadangkala perlu ditampar muka sendiri berulang kali.
Jangan diberi minda ini makan dengan adegan ciptaan dari filem cinta semata. Itu semua tidak wujud. Hakikat cinta sebenar jauh bezanya. Cinta akan datang dan pergi akan turun dan naik. Selepas berkahwin bersiaplah untuk bergaduh dan membenci. Untuk kadangkala sakit hati. Namun cinta memaafkan, cinta melihat bagaimana sabarnya kita ketika ketiadaan wang misalnya. Cinta memberi harapan untuk memperbaiki diri. Cinta memajukan dan memberi inspirasi. Cinta sejati tidak tidak merosakkan diri. Ya itulah cinta. Cinta memerlukan usaha bersungguh, memerlukan kita mencabut lalang-lalang yang cuba merosakkannya. Ianya bukan sekadar perasaan berahi semata. Perbetulkan persepsi. Jangan sesekali anda berkahwin atas dasar cinta berahi SEMATA. Percayalah ianya tidak akan kekal lama. Kerana berahi itu akan pudar.
iainya fitrah, namun apa yang anda lakukan dengan perasaan itu akan menentukan jalan cerita yang seterusnya… Matlamatnya adalah membina keluarga Islam sejati kerana antara hadiah paling berharga dalam hidup ini adalah memiliki keluarga yang bahagia & gembira. Selamat Berjaya dan mencari cinta. Pilihlah realiti bukan fantasi.