Dear my sweeties blogger...
nak tau x... ermmmmm.. akan try untuk ingat tarikh ni..
21/02/2015..
My sweeties..
Nak tau tak, time ni aq kol mama nak gtaw dia yang aq pergi ke Kelantan sebab wedding akak member.. n then time ni Chinese New Year..
Chinese New Year.. ni tahun yang ke-4 aku tak blik celebrate CNY.. walaupun tahun ni merupakan 1st time celebrate CNY with family sebelah ayah, al-maklum la baru berpindah ke Sarawak.. aq tau mesti ada sebab kenapa Allah tak bagi aku balik sarawak untuk CNY kali ini walau keinginan ini kuat sangat untuk kembali ke sana...
okey back to the story..
time call mama..
saja2 nak berguraw ngan mama... "mama, nak angpaw.. hehehe"
n then terdengar tangisan mama.. mama kata nak pergi sini, mama nak minta aku carikan dia kerja kat cni... butttt...
try tanya mama napa nak pgi cni? if mama g sini nanti sapa nk jaga papa n adik? sebab abg, aq n adik yg sorang g smua bljar n kerja jauh dari family...
My Chomeytieee Blogger..
nak tau x sebab mama nak pegi sini.. sebabb..
mama kata tak tahan tinggal dengan family papa.. mama kata papa seolah2 nak bawa mama ke agama Buddha..
Allah... air mata aku menitis..
aku da agak perkara ni akan berlaku,. walau mama banyak kali meminta persetujuan aku untuk tidak ikut papa pindah ke sarawak but aku tetap menolak.. sebab aku tak nak mama berpisah jauh dengan papa.. aku tau aq egoo.. tapi aku tetap tak nak benda tu terjadi.. tak nak papa makin terpesong, sebab aku nak mama always ada disamping papa untuk jaga papa..
tapiii lain yang aku ingin kn... lain yg jadi...
aku tau yang kat sarawak semua family chinese, tu salah satu sebab aku tak nak mama berpisah dengan papa sebab aku tau papa perlukan bimbingan lagi dalam agama Islam, jika mama pergi sapa yang boleh bimbing papa???..
Dear my Lovely Blogger..
kali ni mama merayu dengan aku.. aku dengar suara tangisan mama... mama nak minta persetujuan aku untuk ke sini.. lalu aku pun cakap dengan mama..
" If mama ke sini, sape nak jaga adik?"
" If mama ke sini, mama nak stay kat mana?"
" If mama ke sini, papa macam mana? sape nak jaga?"
mama merayu juga dengan aku, kata tak tahan.. n aku tanya mama kenapa, kenapa dan kenapa.. but mama still x nak cerita.. mama just kata yang papa nak tarik mama ke agama Buddha...
Allah... Hati ni rasa sebak sangat2, rasa sedih sangat2...
aku kata dengan mama, jika da jadi macam tu, mama pergi la balik Sabah sebab ramai family mama bleh tlg tengok2kan mama.. tapi mama tak nak.. mama still nak ke area semenanjung..
bila mama merayu macam tu.. aku pun bagi keputusan.. mama boleh ke cni tapi dengan syarat :
1st - mama kena minta persetujuan dengan abang n adik2 aku.. sebab tak nak mama abaikan mereka..
2nd - mama kena janji yang mama akan belajar untuk mendekatkan diri pada ALLAH..
3rd - mama kena pastikan untuk menutup aurat..
4th - mama janji tidak meninggalkan solat 5 waktu..
5th - mama kena janji jaga diri, kena yakin ALLAH sentiasa ada untuk melindungi mama..
Bila aq menyatakan syarat2 aku, mama hanya mengiakan, aku tak nak mama turut terpesong aku nak mama mendekatkan diri pada ALLAH.. air mata aku tak berhenti mengalir apatah lagi bila mendengar tangisan mama dihujung talian sana.. hati ni sentiasa merasa sebaknya..
Betapa mudah air mata aku mengalir bila berbicara tentang keluarga aku, sebesar2 ujian yang Allah berikan pada aku, hanya satu je yang aku still x kuat dan tabah iaitu ujian yang menimpa keluarga aku, terhadap abang dan papa aku.. ni salah satu sebab aku boleh pujuk hati ku untuk tabah bila ditimpa ujian selain dari family aq... akan ku pujuk hati aku dengan ayat..
"Allah pasti ada sebab mengapa diberikan aku ujian, aku yakin disebalik smua ni pasti ada 1001 kebaikan yang akan datang"
Bila ujian yang biasa2 je ALLAH berikan pada aku.. aku pasti akan pujuk hati ini dengan ayat..
" Allah tengah menguji hamba-Nya. pasti ada sebab kenapa aku diuji begini, mungkin aku ada melakukan kesilapan dan mungkin juga disebalik kesilapan dan ujian yang diberi ada hikmah-Nya"
"Ya ALLAH... sebesar2 ujian yang engkau berikan pada hamba, hamba redha dan tabah menempuhinya, tetapi hanya ujian mengenai family aku yang mampu mengalirkan air mata aku, Ya ALLAH, hamba tak tahu da cara lain untuk mengembalikan agama Islam yang benar kepada family hamba hanya berdoa setiap waktu je hamba mampu.."
Dear kawan2 yang membacanya.. please doakan aku n amiinkan doa ni..
" Ya Allah Yang Maha Pengampun, ampunilah dosa2 hamba, dosa kedua2 ibubapa hamba, dosa2 guru2 hamba, dosa2 saudara mara hamba dan dosa2 seluruh umat Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia, Ya Allah yang Maha Pengasih, berikan lah cahaya HIDAYAH Mu kepada keluarga hamba, tunjukkan lah mereka jalan kebenaran-Mu ya Allah, Hanya pada-Mu hamba bermohon, Tiada Tuhan yang ku sembah melainkan ALLAH S.W.T, kabulkanlah doa2 hamba ya ALLAH yang Maha Pemurah.."
Amiiin Ya Rab..