* Cintailah aq sebagaimana engkau mencintai ALLAH, dan Cium la aq sebagaimana engkau menciumi Al-Quran, tapi jangan mencintai aku hanya nafsu mu semata - mata, kerana itu pasti akan ku elakkan dengan izin ALLAH S.W.T, kerana setiap orang inginkan yang terbaik, bukan hanya diri ku sahaja.. dan terima la diriku dengan seadanya..* ♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥
Kerana Sepotong Ayat
"Aku tak pernah tinggal solat lima waktu walaupun aku tahu aku tidak menutup aurat dengan sempurna. Setiap amalan kita hanya Allah sahaja yang dapat menilai; bukan engkau, bukan ustaz," tutur kawan saya sewaktu menikmati makan tengahari bersamanya.
Pantas saya mengangkat muka. Nasi di tangan tidak jadi disuap ke mulut. Saya jangkakan ada sesuatu yang menarik yang hendak dikongsikan. Lantas saya bertanya, "Apa yang membuatkan engkau berkata begitu?"
"Bukan apa. Aku cuma merasakan tidak adil untuk seseorang itu menghukum orang lain hanya kerana dia menutup aurat dengan sempurna sedangkan orang yang dihukumi pula tidak. Kau tidak merasakan begitu?" dia bertanya pada saya pula.
"Jadi pada pendapat kau, adil tu macam mana pula?" Saya meluncurkan pertanyaan. Sebetulnya saya sendiri pun tidak pasti apa jawapan yang patut saya berikan jika saya ditanya begitu.
"Maksud aku, dia cuba menghukum orang yang macam aku tetapi dia menutup mata pada orang yang melakukan maksiat hanya kerana mereka menutup aurat dengan sempurna. Faham?"
Saya mengangguk-anggukkan kepala. Mengikut perkiraan saya, mungkin apa yang dimaksudkan ialah gejala maksiat yang berleluasa dalam kalangan orang yang menutup aurat.
Kawan di hadapan saya ini seorang perempuan biasa. Tidak lahir dalam keluarga yang beragama, ayahnya bukan siak masjid, ibunya juga bukanlah ustazah apatah lagi kedua ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Tapi pemikirannya agak luas dan tidak terperosok ke dalam lembah kejumudan. Itu yang saya suka pada dirinya. Hari ini dia memulakan topik aurat dan saya begitu teruja untuk berdiskusi bersamanya.
Tanpa semena-mena saya nampak matanya mula berkaca. Ada air mata di pelupuk matanya.
"Kau tahu, selama ini aku tak henti-henti berdoa supaya Allah bukakan pintu hati aku untuk taat kepadaNya. Aku nak tutup aurat dengan sempurna. Aku tak mahu membebankan dosa ayahku di akhirat kelak gara-gara sikapku. Aku perlukan bimbingan tetapi aku hanya mendapat cemuhan," katanya sayu.
Saya menundukkan kepala. Terasa sayu mendengar luahan hatinya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana harus aku memujuknya. Lama aku terdiam. Sebelum sempat aku berkata-kata, dia terlebih dahulu bersuara
"Tak mengapa kalau kau tidak mampu berkata apa-apa. Aku cuma mahukan orang mendengar luahan hatiku."
Saya hanya mampu mengetap bibir.
Hari ini, selepas lima tahun berlalu, saya masih lagi teringat peristiwa tersebut. Begitulah saya. Apabila berdepan situasi yang menyentuh hati, ia menjadi amat sukar untuk dilupakan. Saya masih ingat lagi sebelum saya berangkat ke Glasgow lima tahun lepas, dia memeluk saya erat-erat. Dia menangis. Katanya, dia akan kehilangan seorang sahabat yang benar-benar mengerti keadaannya. Saya katakan padanya mungkin kita terpisah di bumi nyata tetapi tidak di bumi maya. Sebelum masuk ke balai berlepas, saya berbisik di telinganya, "Jangan lupa install Skype."
Dia tergelak dan mengangguk-anggukkan kepala.
Di hadapan saya kini terbaring seorang perempuan yang pernah menjadi kawan baik saya. Wayar-wayar berselirat di lengannya. Saya masih ingat sewaktu saya di tahun pertama, dia selalu mengirim e-mel kepada saya. Jika ada masa terluang, kami pasti berbual di Skype. Masuk tahun berikutnya, banyak tugasan harus disiapkan dan saya tidak mempunyai masa untuk berbual dengannya. Saya mengesat air mata yang tumpah di pipi. Saya duduk di sebelahnya dan menggenggam erat jemarinya.
"Saya datang," perlahan saya membisikkan di telinganya. Saya yakin dia pasti dapat mendengarnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia tersenyum memandang saya. Itulah keistimewaan dirinya, sentiasa tersenyum meskipun dalam keadaan sakit begitu.
"Aku dah tutup aurat dengan sempurna," katanya perlahan. Ternyata dia masih ingat butir perbualan kami lima tahun dahulu. Saya tersenyum.
"Alhamdulillah," ucap saya ringkas.
"Rehatlah," saya menyambung.
Dia menggeleng-geleng.
"Ayat Allah begitu sempurna dan syahdu," secara tiba-tiba dia bersuara.
Dahiku berkerut tidak memahami apa yang hendak disampaikan. Dia menyambung lagi, "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
Air mata saya bergenang mendengar ayat tersebut. Ayat tersebut merupakan ayat ke 16 dalam surah Al-Hadid. Ayat itu jugalah yang membuatkan seorang ulama bernama Malik Bin Dinar bertaubat dan menyesali segala perbuatannya.
"Kau tahu, ayat ini muncul dalam mimpiku beberapa tahun lepas. Waktu itu malam terakhir Ramadhan, aku berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah berkenan untuk membuka hatiku. Betapa berkuasanya Allah, hanya sepotong ayat mampu menyedarkan aku," katanya sambil mengesat air mata.
"Sememangnya Dia lah yang paling berkuasa ke atas semua makhlukNya," ringkas saya menjawab.
"Dahulu aku dicemuh kerana aku tidak menutup aurat dengan sempurna, tetapi lihatlah. Allah mengubah aku dengan sekelip mata dan hanya dengan sepotong ayat. Dan kadang-kadang aku terfikir, bagaimana ada manusia tergamak untuk mencemuh dan menghukum orang lain hanya kerana mereka berbuat dosa?
Bukankah setiap manusia itu pendosa? Semakin aku berubah, semakin aku bersimpati kepada mereka yang seperti aku suatu ketika dahulu. Mereka selayaknya didampingi bukannya dicemuh."
Saya menelan air liur. Terasa pahit. Mungkin kerana kebenaran itu pahit? Mungkin?
"Walau sejahat dan sezalim mana pun kita, yang memberi hidayah hanyalah Allah, bukannya orang lain. Dan saya bersyukur kerana Allah memilih saya."
Dia menghembus nafas lega. Daripada riak wajahnya, dia seakan-akan puas kerana dapat meluahkan segala yang terbuku di hati kepada saya, sahabat baiknya.
Sahabat saya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir tiga hari kemudian. Berada di sisinya ketika itu ialah suami, dua orang anaknya yang masih kecil serta saya sendiri. Anak-anaknya saya lihat bertudung litup, mungkin mengikut jejak ibunya. Segala puji bagi Allah.
credit - Artikel iluvislam.com
Kamu Cantik Sekali, Tapi..
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?
Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.
Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.
semua ni dari "aku Islam"
saya hanya copypaste untuk memperingatkan diri sendiri..
yang hanya insan biasa lagi lemah ni..
Mama, Izinkan Saya Bertudung Labuh..
alhamdulillah.. 1 syawal.. hari yang patut diingati..
hari saya memakai tudung labuh..
dan hari saya belajar memakai purdah..
saya still ingat lagi time meminta kebenaran dengan mama untuk memakai tudung labuh..
mengapa mesti minta kebenaran dengan mama?
sebab, setiap yang ingin saya lakukan mesti minta kebenaran dengan mama n papa..
tetapi kali ini saya meminta kebenaran dengan mama sahaja,
saya segan nak minta kebenaran dengan papa, sebab bila saya minta kebenaran pun dia mesti wat dek jew.. faham2 larh.... ehmmmm...
" mama, saya nak minta kebenaran dengan mama boleh tak?"
" apa?"
" mama, saya nak memakai tudung labuh boleh?"
" napa nak pakai tudung labuh?.. kan elok macam ni tutup aurat juga?"
" mama, bila saya pakai tudung labuh nanti mesti aurat saya lebih tertutup kan mama.."
" tapi ilmu agama islam pun belum cukup, tak kan nak pakai juga?"
" mama, tudung labuh bukan bermakna saya ustazah, saya hanya nak tutup aurat saya saja, lebih menutup, lebih selamat, mama boleh tak?"
" ow.. mana larh, terserah dengan amira, nak pakai or tak nak"
" terima kasih mama,sayang mama sangat2.. mama.. saya da satu permintaan lagi.."
" apa dia?"
" mama, hehehe.. izinkan tak jika saya berpurdah ?"
" jangan mengada-ngada nak berpurdah."
" napa mama?"
" jangan nak jadi macam arqam?"
" mama, arqam tu lain.. tu ajaran sesat.. lagipun pakai purdah ni bagus tau.. salah satu nya.. wajah saya nanti biarlah hanya suami jew yang boleh melihatnya bukan lelaki ajnabi, biar nanti susprise wajah yg suami bakal lihat.. hehehe.. wajah nanti akan lebih bercahaya bila mati, dan cantik pada pandangan ALLAH, hilang dari fitnah.. dannnn..."
" dah, dah.. jangan nak bagi tazkirah dengan mama, malas mama nak dengar, jika amira nak pakai, pakai jew la, suka hati amira la.."
" betul ni?.. hehehe.."
" pakai lah, yang penting kebaikan untuk amira"
" terima kasih mama, ni la sebab saya makin sayang dengan mama.. hehe"
pada 1 syawal, saya memakai tudung labuh, macam kat pic bawahhh tu.. hehehe..
sampai di masjid untuk sembahyang hari raya..
selesai sembahyang, kami dengar khutbah.. tiba da ayat ni..
" didik lah anak mu menjadi anak yang soleh dan solehah, kelak dirimu akan bahagia, sebab doa anak yang soleh yang mampu membantu mu di alam kubur kelak"
saya pun direct bagitau mama..
"mama, tau tak napa saya nak memakai tudung labuh?"
" kenapa?"
" mama dengar tak khutbah tadi, didik lah anak menjadi anak yang solehah?"
" ada, napa?"
" mama, saya nak menjadi anak yang solehah kepada mama n papa, ni lah salah satu sebab saya memakai tudung labuh.. izinkan saya menjadi anak yang solehah mama, boleh tak?"
mama terdiam tanpa kata-kata, air mata mama mengalir, mama memeluk aku dan mencium dahi ku.. sedihnya hati ini tak terkata, air mata ku mengalir..
ramai dalam masjid tu memerhatikan kami berdua..
" Ya ALLAH yang maha agung, jika perubahan atau penghijrahan ni memberi kebaikan ku, aku bersyukur pada mu ya ALLAH, bantu lah hamba mu ini agar kuat menghadapi nya, lembutkanlah hati orang sekeliling ku ketika aku mula memakai tudung labuh dan purdah ini, Ya ALLAH yang maha besar, bantu lah hamba mu ini agar istiqamah dan kuat semangat, tak mudah lemah, Ya ALLAH, jadikanlah aku anak yang solehah agar dapat membantu keluarga ku di akhirat kelak, dekatkanlah diri ku kepada mu.. sesungguhnya ALLAH maha pengasih lagi maha penyayang"
AMIN YA RABBAL AL AMIN
*kita doa beramai-ramai ya.. semoga ALLAH perkenankan doa saya..semuanya dengan keizinan ALLAH*