Raya tahun ni aku telah menghadiahkan mama ku sepasang jubah berserta tudung begitu juga dengan papa ku sepasang baju melayu. dan untuk adik lelaki sepasang..
yang ni untuk mama.. sepasang jubah untuk mama.. berwarna merah.. lawa tak.. hehehe..
and yang ni sepasang baju melayu untuk papa kesayangan ku.. berwarna purple.. baju ni mix malay n chinese..
walaupun harga kedua-dua baju ni mahal.. tetapi aku tak kisah.. apa lah sangat kan dengan duit dan harga yang tak seberapa ni berbanding dengan kasih sayang, didikan yang mama n papa ku berikan kepada ku..
sesampainya rumah di tawau, aku menunggu kepulangan mama untuk memberi kan dia jubah ni.. aku berehat seketika sementara menunggu mama pulang dari kerja, tepat jam 11.30 p.m mama pulang kerja, aku terbangun dan aku memanggil mama. Aku memberi jubah dan baju melayu papa kepada mama. Aku memberi mama ketiga-tiga pasang baju ni, aku kata pada mama yang aku segan nak beri papa baju melayu ni, aku tak tahu macam mana nak susprise kan papa.
tapiii.. sedihnya.. sangat2 sedih2..
duhai papa.. anak mu ni akan tunggu papa pakai baju tu.. sungguh saya tak tau yg warna tu bukan warna favorite papa.. tapi.....
"teringin nak tengok papa pakai baju melayu"
apa-apa pun... niat hanya untuk memberikan mereka hadiah.. hadiah bukan untuk membalas budi mereka but untuk menghargai jasa ibu bapa, walaupun tak dapat membayar budi mereka kepada saya, seorang anak yang hanya insan biasa..
* Cintailah aq sebagaimana engkau mencintai ALLAH, dan Cium la aq sebagaimana engkau menciumi Al-Quran, tapi jangan mencintai aku hanya nafsu mu semata - mata, kerana itu pasti akan ku elakkan dengan izin ALLAH S.W.T, kerana setiap orang inginkan yang terbaik, bukan hanya diri ku sahaja.. dan terima la diriku dengan seadanya..* ♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥
alhamdulillah.. telekung idaman ku da siap.. ^v^
alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. tgk.. tak cukup tau nak sebut alhamdulillah ni.. means tak puas.. hehehe.. sebab angan2 nak telekung ni akhirnya tercapai juga..
bersyukur sangat-sangat sebab dapat telekung ni.. puas hati ni.. pink muda plus hijau muda.. hijau pucuk pisang.. idaman ku..
kain ni hadiah dari kak syarifah..
n then bercadang nak wat telekung jew kain ni..
jahit n sulaman kak lily yang wat pula..
happy nya.. da siap..
1 syawal.. raya menjelma..
telekung ni ku pakai untuk sembahyang raya..
happy nya..
kainnya sejuk.. tenang hati ini bila memakainya..
impian ku.. angan-angan ku..
alhamdulillah ALLAH telah membantu aku untuk menunaikannya..
dan telekung ni.. bestnya.. dapat juga..
walaupun harganya Rm120.. tetapi berbaloi, puas hati.. sangat-sangat puas.. hehehe
bersyukur sangat2..
hadiah untuk diri sendiri yang daif ini..
n satu lagi..
nak tambah purdah lah untuk telekung ni boleh tak?.. hehehe..
sebab bila memakai nya.. mesti orang nanti ramai yang pandang kan..
so nak tambah lagi purdah..
bila malu n muka direct warna merah pun.. tak de orang nampak kan kan kan..
hehehehe..
impian ku.. angan-angan ku..
Thanks TO ALLAH s.w.t... bersyukur sangat-sangat.. sebab ALLAH telah membantu hambanya untuk menunaikan impiannya ini..
yang hanya seorang hamba yang tak sempurna dan lemah..
ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH...
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. ^v^
Alunan Azan Bilal Bn Rabah Membelah langit
Tahu tak.. bila kita mendengar orang bercerita kadang-kadang kita turut merasainya sebab orang yang bercerita tu dengan penuh feeling menceritakan kepada kita. Tetapi bila orang bercerita without no feeling susah juga kita nak feel kan.. hehehe.. so kali ni saya tulis jew cerita ni.. sebab bila baca dalam majalah sambil dengar lagu.. sedih juga hati ini.. and mengalir air mata membaca nya.. so bila nak baca.. sama ada nak dengar lagu dari blog ni.. or terpulang lagu yang mana anda nak dengar.. hehehe.. peace… ^v^
Kisah cinta dan perjuangan lelaki kulit hitam ini terlalu agung. Tidak terbayar dengan segala isi dunia. Malah kerana cinta itulah dia diangkat darjanya daripada seorang hamba yang sering dihina, dicemuh dan diseksa, kepada insan yang mulia di sisi ALLAH dan RASULULLAH S.A.W..
Kisah Bilal bin Rabah si tukang azan cukup meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mengetahuinya. Dia dikagumi dek ketabahannya. Lelaki ini dilahirkan di daerah al-Sarah di pinggir kota mekah. Kira-kira tahun 43 sebelum hijrah sebagai seorang hamba. Ada pendapat mengatakan dia lahir di Habsyah (kini dikenali sebagai Ethopia).
Ayahnya bernama Rabah dan ibunya hamamah, seorang wanita berkulit hitam. Bilal mempunyai seorang abang bernama Sahib. Sejak kecil anak malang itu sering diejek oleh penduduk setempat dengan panggilan ‘Ibnul Sauda’ bermaksud putera wanita hitam.
Perjalanan hidupnya cukup pahit. Menurut cerita, kedua – dua ibu bapanya dikatakan berasal dari Habsyah berpindah ke Kota Mekah untuk membina kehidupan baru. Bagaimanapun, setibanya di pertengahan jalan, mereka dirompak, kemudian ditangkap dan ditawan sebelum dijual di pasar Ukaz.
Pasangan ini dibeli keluarga Bani Abdul Dar. Mereka dipaksa bekerja siang dan malam tanpa diberi makan mencukupi serta dilayan dengan kejam. Pernah suatu ketika, sahib menangis kelaparan, lalu si ibu mengambil sekeping roti sisa makanan tuannya. Melihat keadaan itu, wanita malang itu diherdik dan dipukul. Roti itu dicampak kepada anjing. Bagi mereka Bilal sekeluarga lebih hina daripada anjing.
Setelah meningkat remaja, dia terpaksa berpisah dengan satu-satunya saudara kandung. Sahib dijual kepada pasangan suami isteri yang kaya di Yemen. Abangnya beruntung kerana pasangan tersebut tidak mempunyai anak. Dia dilayan seperti anak sendiri. Sementara si ibu menderita kerinduan, tambahan pula sering diseksa oleh tuannya sehingga meninggal dunia. Tidak lama selepas itu, ayahnya meninggal pula meyusul kerana sakit tenat.
Tinggallah anak itu sebatang kara. Dalam usia yang masih muda,Bilal kehilangan semua orang yang disayangi. Setelah ayahnya meninggal, Bilal diserahkan pada tuan yang baru iaitu Umaiyah bin Khalaf. Pada mulanya dia dlayan dengan baik.
Lebih-lebih lagi dia seorang hamba yang setia dan patuh terhadap tuannya. Malah dia dikenali sebagai seorang yang rajin, bertanggungjawab, ikhlas, amanah, berani, tabah dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran.
Setelah Rasulullah s.a,w dipilih menjadi Nabi, Bilal adalah antara orang terawal yang memeluk Islam, bersama Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar Ibnu Yasir, Sumaiyyah, Suhaib Ar-rum dan Miqdadal-Aswad.
Dia begitu bersungguh-sungguh mendalami agama yang baru dianuti itu sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi al-Arqam secara bersembunyi kerana bimbang diketahui oleh tuannya. Bagaimanapun berita pengislaman Bilal sampai ke pengetahuan Umaiyah. Dia memujuk Bilal agar meninggalkan islam dan kembali kepada agama asal. Tetapi Bilal berkeras mempertahankan Islam sebagai anutannya dunia dan akhirat.
Dengan nada marah, Umaiyah berkata, “Aku berkuasa ke atas seluruh tubuhmu.”
Dengan tenang hamba itu menjawab, “walaupun seluruh jasad ku milikmu, tetapi bukan fikiranku, imanku dan kepercayaanku.”
Setelah gagal memujuk, Umaiyyah mula bertindak kejam. Bilal bukan hanya dipukul dan diarak mengelilingi kota Mekah, tetapi diikat batu besar di atas badan dalam keadaan berbogel, kemudian diseret ke tengah padang pasir. Lelaki itu juga dipukul, diseksa, dipakaikan baju besi dan dijemur di tengah panas membahang tanpa diberi makan dan minum walau seteguk air. Badannya berselirat kesan sebatan cemeti.
Semua itu bukan sahaja tidak melemahkan keimanannya, malah menguatkan lagi ketakwaannya. Ia menghairankan Umaiyah. Puas dipaksa agar mengaku al-Latta dan al-Uzza sebagai tuhan tetapi Bilal tetap enggan. Mulutnya hanya menyebut nama Allah dan dia menerima seksaan itu dengan tenang dan redha.
Kisah kekejaman itu sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq. Lalu beliau menemui Umaiyah untuk menebusnya dengan harga Sembilan uqiyah emas, tanpa tawar menawar. Sementara Umaiyah berkata,”Andai diminta kurang sehingga satu uqiyah emas pun aku sanggup menjualnya.”
Lalu sahabat Rasulullah s.a.w itu menjawab, “andai harga Bilal setinggi 100 uqiyah emas pun aku sanggup bayar.” Kemudian lelaki budiman yang teguh imannya itu dimerdekakan. Abu Bakar menceritakan kisah Bilal itu kepada Rasulullah s.a.w. Baginda ingin berkongsi wang tebusan, tetapi Abu Bakar enggan.
Setelah memeluk Islam, apa sahaja yang dilakukan semata-mata kerana ALLAH. Dia mula mengenal betapa manisnya iman. Nasibnya berubah daripada seorang anak yatim piatu dan hamba sejak kecil kepada tukang azan yang menyeru umat islam mengerjakan solat sebaik sahaja masuk waktunya. Namanya cukup dikenali di kalangan para sahabat dan umat islam.
Darjatnya begitu mulia disisi ALLAH. Suaranya penuh keikhlasan bergema di kota mekah dan madinah tika mengalunkan azan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa suara itu melepasi langit ke tujuh sehingga ke Arasy. Para malaikat dikatakan sentiasa menanti alunan suara lelaki berkulit hitam itu berkumandang.
Bagaimanapun masih ada yang dengki dan menghasut Rasulullah s.a.w untuk mengantikan Bilal. Namun, laungan itu tidak semerdu dan seikhlas Bilal sehingga malaikat bertanya tentang hal tersebut. Selain tugas rutin itu, dia turut menyertai tentera Muslimin dalam beberapa siri peperangan memerangi musuh Islam.
Justeru, kewafatan Nabi s.a.w merupakan kehilangan yang besar baginya dan memberi kesan yang mendalam kepada lelaki itu. Kasih Bilal kepada baginda tiada tandingan sehingga dia tidak mampu untuk mengalunkan azan seperti sebelumnya. Tiap kali menyebut Muhammad, hatinya tiba-tiba sebak dan air mata terus mengalir.
Lalu, dia tidak mahu lagi meneruskan tugas seperti biasa biar puas dipujuk oleh para sahabat. Sewaktu permerintahan khalifah Abu Bakar, Bilal meminta izin untuk mengikut tentera Muslimin berperang tetapi tidak dibenarkan dengan alasan khalifah masih memerlukannya di Madinah. Abu Bakar tahu, lelaki itu ingin syahid di medan juang kerana mahu berjumpa dengan insan yang dikasihi.
Ketika zaman Khalifah Umar, permintaannya dipenuhi. Dia pergi bersama isteri yang juga seorang wanita Islam, Tentera islam berjaya menakluki Baitulmuqaddis, tetapi impian Bilal untuk syahid tetap tidak kesampaian. Ketika peristiwa itulah suara Bilal melaungkan azan dikatakan kembali bergema sehingga membuatkan semua para sahabat menangis mengenangkan Rasulullah s.a.w yang telah pergi menemui ilahi.
Saiyidina Umar pernah berkata bahawa bukan Bilal sahaja yang sedih dengan kematian Baginda. Beliau juga serupa. Bilal menjawab sambil membendung kesedihan yang tidak terhingga.
“Kesedihanku tidak sama dengan kesedihan tuan. Tuan dilahirkan sebagai insan yang merdeka. Sedangkan aku pula sebagai hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya apabila seorang hamba dimerdekakan. Namun, Rasulullah s.a.w telah membebaskanku. Bukan setakat itu. Baginda juga memuliakanku di saat orang lain menghina. Kemudian aku dilantik sebagai tukang azan. Malah baginda s.a.w pernah berkata, baginda mendengar bunyi sepatuku di dalam syurga.”
Dia dan keluarga kemudian berpindah ke Damsyik, Syria. Lelaki itu meninggal dunia pada tahun 23 hijrah ( ada yang mengatakan tahun 20 hijrah bersamaan 641 masihi) di sana dalam usia 63 tahun iaitu sama usia kekasihnya, Rasulullah s.a.w ketika wafat.

Agama Dan Akhlak Tunjang keluarga sakinah
yang ni pun saya dapat dari sebuah majalah, bila da baca n rasa ada kebaikan dia, saya suka berkongsi dengan kawan-kawan semua.. hehehe..
Kehidupan yang rukun dan damai, saling sayang menyayangi, hormat menghormati, bertoleransi dan saling bantu membantu adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga yang bahagia bermula dengan pemilihan pasangan yang akan dijadikan kepada suami atau isteri. Ini adalah tujuan pernikahan adalah mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :
“Dan diantara tanda-tanda kebesaran ALLAH itu bahawa Dia dijadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapat ketenangan bersamanya. Kemudian ALLAH ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah” (Surah Al-Rum:21)
Dalam hadis nabi pula, digariskan beberapa kriteria yang perlu ada untuk seseorang memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup. Bagi lelaki, Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan keatas pilihan yang berasaskan agama. Bagi wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami.
Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring dan sejalan, berkongsi suka dan duka serta bersama-sama melayari kehidupan yang penuh cabaran demi mencapai datu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.
Tidak dikatakan rumah tangga sekiranya ia tidak diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki ALLAH walaupun keadaan rumah tangga itu Nampak tenang dan aman. Dalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumah tangga menjadi faktor penting. Perkara utama yang patut dilakukan oleh suami ialah berakhlak dengan isterinya.
Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah bersikap sabar dalam mendidik isterinya, dan sabar menghadapi dugaan serta cabaran disebabkan kerenah isteri.
Umpamanya, ketika isteri marah, suami hendaklah menaruh perasaan belas kasihan dengan mendiamkan diri dan bersabar. Jangan dilawan cakapnya atau tak ambil peduli dengan kata-kata isteri. Tunggu dan diam sehingga isteri selesai berkata-kata kerana apabila telah habis melepaskan luahan hatinya, isteri akan kembali tenang, fikirannya adalah di atas lidah sahaja pada ketika itu.
Rasulullah s.a.w ada menyatakan bahawa sesiapa yang sanggup menahan penderitaan atau sabar di atas kejahatan serta perangai isteri mereka, ALLAH s.w.t akan memberi mereka pahala sebagaimana pahala Nabi Ayub a.s. Menurut sirah, Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya. Baginda dapat menahan segala kemarahan terhadap isterinya yang kadang-kadang mempunyai pelbagai ragam.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik dengan isterinya. Aku adalah orang yang paling baik dengan isteriku.”
Diriwayatkan pernah Aisyah menolah Rasulullah s.a.w dari belakang sehingga baginda hamper terjatuh lalu ibu Aisyah yang menyaksikan kejadian tersebut bertindak menampar muka Aisyah. Kemudian berkata Rasulullah s.a.w, “biarkan dia begitu, sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi.”
Sewajarlah para suami mengambil iktibar daripada ragam isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sebenarnya ALLAH s.w.t menjadikan isteri-isteri Rasulullah s.a.w demikian ragamnya supaya dapat menjadi contoh kepada umat Nabi Muhammad yang kemudian ini tentang akhlak Rasulullah s.a.w bila berhadapan dengan isteri-isterinya.
Si suami bukan sahaja mesti bersabar dengan kelakuan isteri-isterinya malah disuruh juga bergurau senda dengan isterinya. Nabi juga menyuruh para suami bermesra dengan bergelak ketawa dengan isteri. Malah Rasulullah s.a.w sendiri gemar bersenda gurau dengan isterinya sehinggakan semasa Rasulullah s.a.w bergurau dengan isterinya seperti sindir menyindir, cubit mencubit dan sebagainya.
Selain itu juga Suami perlu membantu isteri dalam tugas-tugas di rumah sebagaiman telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w
Mengapa yang Syahid, Qari dan Kaya ke NERAKA?
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi S.A.W sabdanya :
"sesungguhnya di antara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada hari kiamat ialah :
✿Orang yang Gugur syahid✿
Dia dibawa menghadap, maka ALLAH menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-nikmat-NYA(yang diberikan semasa hidupnya) lalu dia mengakui menerimanya : ALLAH s.w.t bertanya kepadanya : 'Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?'
Dia menjawab: ' Aku berperang kerana mematuhi perintah-Mu sehingga aku gugur syahid.'
ALLAH TAALA berfirman:'Engkau berdusta! Engkau berperang supaya orang mengatakan 'Engkau berani, dan telah pun dikatakan yang demikian'. kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dia dihumban ke dalam neraka.
✿Orang yang mempelajari Ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-quran✿
Dia dibawa menghadap, maka ALLAH menyatakan kepadanya nikmat-nikmat-NYA satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya. ALLAH bertanya kepadanya: 'Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?' Dia menjawab:' aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya, serta membaca al-Quran kerana mengharapkan keredhaan-Mu'. ALLAH TAALA BERFIRMAN: 'Engkau berdusta! Engkau mempelajari ilmu supaya orang mengatakan: 'Si anu seorang qari, maka telah pun dikatakan yang demikian'. Kemudia dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dia dihumban ke dalam neraka.
✿Orang yang telah dimewahkan ALLAH hidupnya serta diberinya sebahagian dari segala harta benda kekayaan✿
Dia dibawa menghadap, maka ALLAH menyatakan kepadanya nikmat-nikmat-NYA satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya: ALLAH TAALA bertanya kepadanya :' Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?' Dia menjawab:'Aku tidak tinggalkan satu jalan pun di antara jalan-jalan engkau suka dibelanjakan kekayaan itu padanya melainkan aku belanja padanya, kerana mengharapkan rahmat-Mu.' ALLAH TAALA berfirman: 'Engkau berdusta! Engkau belanjakan harta kekayaanmu supaya orang mengatakan: 'Si anu itu seorang dermawan, maka telah pun dikatakan yang demikian.' Kemudian dia dihukum lalu diheret dengan tertiarap akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka."
(HR MUSLIM, TIRMIZI DAN AL-NASA'I)
Penerangan hadis:
ALLAH S.W.T memberi kepada kita nikmat-nikmat jasmani, rohani dan kebendaan yang tidak terhitung. Hadis di atas menerangkan perihal manusia yang diberi nikmat itu, kesihatan dan kekuatan tubuh, ilmu pengetahuan dan amal ibadat serta wang dan harta kekayaan. Namun jauh di sudut hati, mereka tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan ALLAH S.W.T. Mereka tidak ikhlas, malah menyalahgunakannya untuk mendapat nama dan pujian manusia. Di sisi ALLAH, mereka berhak ditimpakan azab.
"ya ALLAH, hamba ingin memohon ampun kepadamu atas segala kesilapan yang telah hambamu ini lakukan. hamba ingin memohon ampun atas sifat riak, takabbur, bangga yang ada dalam diri hamba.
Ya ALLAH, hamba memohon padamu timbulkan lah perasaan ikhlas dalam diri ini ketika melakukan semua amalan yang baik. timbulkanlah sifat rendah hati dalam diri ini.
Ya ALLAH, hamba takut akan sifat riak, bangga, takabbur, lupa diri. jauhkan lah hamba dari sifat-sifat buruk ini Ya ALLAH.. tolong lah hamba, bantulah hamba, hamba mohon..
Ya ALLAH, hamba takut dengan azab api neraka-MU, bantu lah hamba agar menjadi muslimah solehah yang lemah lembut, penyayang, sabar, sentiasa merendahkan hati, dan sentiasa ikhlas dalam melakukan segala amalan baik, dan anak yang solehah kepada kedua ibu bapa ku, kabulkan permintaan hamba ini, sesungguhnya ALLAH maha Pengampun lagi maha Penyayang, maha Mengasihani, maha Besar, maha Agung, Tiada Tuhan Yang Ku Sembah Melainkan ALLAH S.W.T dan Muhammad S.A.W adalah kekasih-Mu dan Rasulku.."
AMIN YA RABBAL ALAMIN..
cerita komik, kisah kita dan pengajaran untuk ku.
"ya ALLAH, ya TUHAN KU, kekalkanlah kasih sayang ku terhadap kedua ibu bapa ku sehingga akhir hayat ku, jangan biarkan diri ku mengabaikan kedua insan tercintaku ini, dan jadikanlah aku anak yang solehah agar dapat mendoakan mereka setiap hari, ya ALLAH, kuat kan, tabahkan, sabarkan hati ini, diri ini agar dapat melayani segala karenah mereka, bantu lah hamba mu ini yang merupakan insan yang lemah lagi tak sempurna ini, dan bantulah hamba mu ni agar sentiasa merendahkan diri dan ikhlaskanlah hati ini apabila melakukan segala amalan yang baik.."
Amin Ya Rabbal Al-Amin..