* Cintailah aq sebagaimana engkau mencintai ALLAH, dan Cium la aq sebagaimana engkau menciumi Al-Quran, tapi jangan mencintai aku hanya nafsu mu semata - mata, kerana itu pasti akan ku elakkan dengan izin ALLAH S.W.T, kerana setiap orang inginkan yang terbaik, bukan hanya diri ku sahaja.. dan terima la diriku dengan seadanya..* ♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥
Cara aku memahami menikahi wanita kerana 4 perkara (♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥)
oleh kerana aku seorang wanita.. aku harus menasihati diri ku sendiri terlebih dahulu.. aku tak ada harta, dan hanya ada empat orang adik beradik, aku pun tak cantik.. dan aku pun kurang ilmu agama..
Maksud hadith: Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Tapi hadis ini menunjukkan agama adalah yang paling baik dan akan berbahagia sesebuah keluarga jika memperoleh isteri solehah dan suami yang soleh..
persoalannya mampukah aku untuk menjadi sedemikian? keempat - empat perkara ini tiada dalam hidupku ada segelintir manusia yang memilih harta dan ada juga manusia yang memilih kecantikkan dan tidak kurang juga manusia yang memilih kerana agama yang ada dalam dirinya..
mengapa aku tak menyebut tentang keturunan? sebab jarang ada lelaki yang memilih dari keturunan. dulu ustaz dan uztazah aku ada mengatakan keturunan bukan nya bermakna dia dari keluarga yang baik. tapi zuriat yang boleh dijangka berapa dia boleh lahirkan. jika zuriat dia banyak mungkin zuriat yang bakal dilahirkan untuk dia pun akan bertambah banyak tapi itu hanya kemungkinan ada yang terjadi dan ada yang tak terjadi.. betul tak..
tapi mungkin aku boleh berusaha untuk memiliki keempat - empat perkara ni.. aku akan ubah sikit agar aku dapat mendalami hadis ini.. hehehe..
1st HARTA
♥ aku tak kaya harta tapi aku rasa harta tu boleh ditukarkan kepada akhlak yang tinggi, budi pekerti yang baik mampu mengubah aku menjadi kaya harta akhlak dan budi pekerti yang baik, sifat pemalu, sopan santun, rajin, lemah lembut, keayuan. Semua ini harus ada dalam diri aku, dan aku akan menyelitkan sedikit demi sedikit agar tersemai dalam diri ku, sifat sabar pun harus ada dalam diri ku. cara aku mendapatkan sifat sabar tu dengan hanya mendiamkan diri bila ada orang marah. tak nak balas apa yang orang marah kan. dan kena jadi air bukan jadi api.. ok set.. yang ni harus ada,, barulah boleh dikatakan kaya harta akhlak dalam diri ku.. hehehe.. ^v^
2nd KETURUNAN
♥ aku hanya ada empat orang adik beradik. aku ni anak kedua, ada seorang abang dan adik perempuan, adik lelaki.. pembuka lelaki dan penutup lelaki, tengah - tengah perempuan.. cantik tak susunan kami.. hehehe.. tapi pendapat aku tak semestinya family yang mempunyai keturunan or anak - anak yang ramai menjaminkan yang anak - anak dorang pun akan dapat anak yang ramai.. faham kan.. hehehe.. semua ini hanya usaha, doa dan tawakkal.. ingat.. walaupun dah kahwin tapi still belum dapat anak.. cuba baca kisah nabi-nabi kita terlebih dahulu, seperti nabi zakaria dan nabi ibrahim.. mereka usaha-usaha dan berdoa agar dikurniakan seorang anak.. walaupun bertahun lamanya menunggu seorang anak.. dan akhirnya dikurniakan ALLAH.. dan kadang -kadang ada hikmah disebalik semua ini mengapa ALLAH tak mengurniakan anak kepada kita.. ok set.. semua ini rezeki, dugaan, cabaran dan ujian yang diberikan kepada kita hambanya yang lemah.. dan seperti yang saya katakan dalam post2 sebelum ini.. tak kira beriman atau tak beriman kepada ALLAH tetap ada ujian.. hanya yang yakin dan menjalani perintah ALLAH yang mendapat hikmah disebalik semua ini.. ^v^
3rd KECANTIKKAN
♥ alamak macam mana ni.. aku ni dah lah tak cantik, mesti tak ada lelaki yang suka dengan aku.. ehmmm.. cedih.. cedih.. (action jew) ok sekarang ni aku tahu yang diri ku ni tak cantik.. tapi cantik pada pendapat ku ada banyak.. cantik dari segi akhlak, keayuan, lemah lembut.. nahh kan ni cantik.. bila akhlak seseorang itu baik, keayuan dan lemah lembut itu akan terselah pada wajahnya. wajahnya akan kelihatan cantik dengan ketaatannya kepada perintah ALLAH, wudhuk yang diambil sempurna pasti mukanya akan berseri - seri lagi, wajah yang penuh sifat keibuan dan sifat penyayang akan terserlah.. percaya lah.. jangan terlalu kurang yakin dengan kekurangan kecantikan yang ada dalam diri.. tapi sifat kecantikan perlu ada dalam diri dapat mengubah wajah menjadi cantik.. tak perlu make-up tebal-tebal, tak perlu lakukan pembedahan plastik.. tapi akhlak tu.. ni yang paling penting, orang akan mudah jaTuh hati dengan sifat keibuan yang ada dalam diri kita ni.. so aku pun kena ubah juga yang ni, walaupun aku tak berpurdah seperti yang aku katakan dalam alam maya biarlah diriku berpurdah tapi dalam alam nyata diri ku tak berpurdah dan mungkin suatu hari nanti diri ini akan berniqab.. dan aku pun bukan bertudung labuh.. aku hanya just simple mimple girl.. tapi aurat ku tetap tertutup.. dan aku perlu berubah agar diri menjadi cantik pada pandangan ALLAH.. akhlak ku harus jadi lebih baik dari sekarang, keserian wajahku harus muncul di saat ajal ku tiba.. teringin nya menjadi cantik pada pandangan ALLAH bukan pandangan manusia.. ehmm.. usaha bukan tangga kejayaan tapi usaha untuk mencapai redha ilahi.. ubah lagi ayat.. yupp aku memang suka ubah ayat.. supaya aku mudah memahaminya.. ^v^
Lastly AGAMA YANG ADA DALAM DIRI SEORANG WANITA
♥ macam mana ek.. aku ni kurang ilmu agama.. tapi syarat yang ditetapkan harus beragama, ehmmm.. aku ni tutup aurat juga tapi bukan ala kadar, sembahyang 5 waktu, solat sunat, puasa sunat aku lakukan.. bagaimana nak cukupkan agama ku ek?.. pelik.. semua ini harus belajar.. belajar.. belajar.. belajar sampai mati orang kata.. ilmu takkan cukup di dada sampai bila.. tugas kita hanya menuntut dan amalkan ilmu itu.. ok bila fikirkan agama adalah yang paling penting dalam menjamin kebahagiaan keluarga, maka harus mengubah diriku terlebih dahulu agar keluarga ku pun menjadi keluarga yang soleh dan bahagia, pernah dengar tak tentang keluarga yang soleh bila kita masuk atau mendekati keluarga itu kita rasa tenang jew macam nak jew berada dekat dengan keluarga tu, tak ada pergaduhan, semua aman dan damai.. ehmmm.. mesti tak pernah dengar kan.. sebab yang ni aku cipta sendiri.. hahaha.. sempat lagi wat lawak jap.. tak la sebenarnya aku pun teringin menjadi kan keluarga ku sebuah keluarga yang soleh dan nampak keserian wajah pada setiap ahli keluarga,, ehmmm teringinnya.. tapi agama ku kurang ni la pasal kena cari seorang suami yang soleh yang dapat membimbing aku dan ahli keluarga dalam ilmu agama, tapi wanita pun harus beragama sebab nanti anak- anak aku yang bimbing.. ni kan tugas seorang isteri juga, harus mendidik anak-anak dalam ilmu agama, menyerikan lagi rumah tu dengan alunan - alunan merdu ayat-ayat al-quran dari anak-anak.. ehmm.. ini hanya impian ku.. ntah akan terjadi ke tak.. ni la pasal aku pun kena berubah menjadi yang solehah.. pasti ALLAH akan membantu ku dengan niat ku ni kan..
teringin sangat-sangat.. ^v^
semua ni bukan keinginan ku.. tapi keinginan hati dan minda ku yang berbicara.. hehehe.. dan aku kan dah mengaku semua tadi, aku bukan wanita solehah, aku tak punya harta, keturunan keluarga ku pun tak ramai, aku pun kurang cantik dan aku terlalu kurang ilmu agama.. semua ni aku yang harus usaha.. usaha.. dan usaha lagi agar mencapai semua ni.. bila..dan bila,.. semua ini hanya ALLAH yang mengetahuinya.. aku hanya perlu, usaha, doa dan tawakkal.. jika impian ku ini tak tercapai.. biarlah di impian ini hanya sekadar menjadi impian.. dan akan tinggal begini jew dalam blog ni.. hehehe.. tapi teringin sangatttt nak impian ni.. hehehe.. bilakah semua ni akan terjadi?.. aku harus berubah ke arah lebih baik walaupun aku dah tau aku da cukup baik setakat ni.. ececehh sempat lagi memuji diri sendiri.. hahaha.. saja jew.. buat kelakar sekejap.. daripada serius.. ehmm.. aku tulis macam lah aku tengah bercerita dengan orang.. aku hanya tulis.. tulis n tulis.. nak luahkan dengan orang.. ehmm.. susah nak cari orang yang mampu memahami diri kita.. so lebih baik luah dalam ni hehe.. sebab aku kan suka menaip berbanding menulis n bercerita panjang lebar.. ok set... dah selesai penjelasan ku tentang hadis ni.. semua ni hanya untuk aku memahaminya sendiri2 jew.. hahahaha.. hanya dengan menulis aku mampu faham apa yang hati dan minda ku ni teringin sangattt.. hahahahahaha... ^v^
2 comments:
Assallammualaikum umur saya baru 19 pelar kolej di kajang...saya x tau umur kakak berapa so saya panggil kakak je la...saya sedang sibuk buat assignment saya sebelum komen saya ini..sedang saya mencari-cari bahan untuk assignment saya..saya trbaca blog akak...apa yang akak tulis membuatkan saya rasa open minded...saya ucapkan Syukran kepada akak...sbb memberi ilmu yang berguna..Insyaallah...Wassallam
Waalaikummusalam dik.. terima kasih dik sebab sudi baca blog akak.. ^v^..
alhamdulillah.. ilmu n idea semua datang dari ALLAH..
n ni hanya pendapat akak je.. apa2 pun.. agama yang penting k.. sebab ada yang tak open minded just think about the hadis tapi tak luaskan pemikiran itu.. ^v^.. kita ada akal.. ALLAH yang berikan idea ni.. say alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH.. ^v^
Post a Comment