* Cintailah aq sebagaimana engkau mencintai ALLAH, dan Cium la aq sebagaimana engkau menciumi Al-Quran, tapi jangan mencintai aku hanya nafsu mu semata - mata, kerana itu pasti akan ku elakkan dengan izin ALLAH S.W.T, kerana setiap orang inginkan yang terbaik, bukan hanya diri ku sahaja.. dan terima la diriku dengan seadanya..* ♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥
Luahan Hati seorang insan biasa, lemah dan tak sempurna..(♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥)
seram gak ni.. da dua bulan lagi baru aku cukup umur untuk mengundi.. persoalannya boleh tak aku tak join mengundi.. hehehe.. sebab aku tak tahu nak mengundi yang mana.. nak undi BN tapi BN ni macam mementingkan negara berbanding rakyat.. Nak undi pas.. memang aku harus sokong kerana melibatkan agama ku agama islam.. tapi aku risau nanti lain lagi jadi dia.. nak undi pkr.. jauh memesong.. susah pkr ni.. da macam - macam jenis manusia gak..aku nak kongsi pendapat ni.. hehehe..
kadang - kadang aku berasa pelik dengan manusia di sekeliling yang prihatin ingin menolong rakyat palestin yang berjuang kerana agama islam.. Okey yang ni aku setuju.. sokong 100% dengan sifat mereka yang prihatin menolong rakyat palestin yang ditindas and then semua negara ambil perhatian dengan kesengsaraan rakyat dekat sana, tapi mengapa rakyat yang berada dekat dengan mereka, yang berada dalam negara sendiri, mereka lansung tak ambil perhatian.. yang ambil perhatian tu baru boleh dikatakan rakyat yang prihatin.. rakyat dalam negara sendiri pun ada yang ditindas kerana faktor agama sehingga ada yang murtad.. sebut pasal murtad.. bila ada yang murtad baru lah ada orang yang ambil peduli lepas tu kena kutuk lagi.. ok nak salah kan orang tu memang patut pun.. tapi jangan salahkan dia sendiri jew.. patutnya nilai diri kita sendiri dulu.. seperti peribahasa "sudah terhantuk baru tergadah" ni la sesuai dgn keadaan negara kita..
Cuba kita imbas kembali, buka buku, baca semula sejarah Nabi Muhammad S.A.W yang jujur, ikhlas, akhlak tinggi, baik hati, Baginda mengambil berat terlebih dahulu dengan orang yang disekeliling baginda.. membantu mereka ditindas.. dengan hati baginda yang baik, tulus dan ikhlas.. dan mempertahankan agama islam dalam negara sendiri.. rakyat di sekeliling baginda.. memperkuatkan jiwa mereka terlebih dahulu dalam agama islam sebelum baginda berhijrah ke luar.. dari kota makkah ke kota madinah.. dan memnyebarkan agama islam.. membantu mereka.. menyelesaikan masalah mereka.. ingat.. ingat.. ingat!!.. ingat semula kisah - kisah baginda sehingga berjaya menyelesaikan masalahnya satu persatu..
lepas tu cuba bandingkan dengan zaman sekarang... terus terang saya katakan umat islam sebenarnya tak bersatu hati.. sering bergaduh, berbeza pendapat, apa yang berlaku disekeliling tak diambil peduli dibiarkan.. bila dah tersebar, masuk akhbar baru buzy nak masuk campur.. sedangkan hal itu terjadi depan matanya... Bukti.. mengumpat, mengutuk, memfitnah kan dosanya lebih besar dari membunuh.. jika kita fikirkan kemudian lihat apa yang terjadi dalam dunia ni.. paling banyak kes adalah MENFITNAH, MENGUTUK, MENGUMPAT.. kan kan kan..
FITNAH DALAM QURAN
Makna fitnah dalam Quran adala berbeza. Ianya seumpa berikut:
1. Fitnah bermaksud Syirik.
Firman Allah :
والفتنة أشد من القتل
“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)
وقاتلوهم حتى لا تكون فتنة
“Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” (193 : al-Baqarah)
والفتنة اكبر من القتل
“dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh.” (217 : al-Baqarah)
2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan.
Firman Allah:
وفتناك فتونا
“Dan kami uji kamu (Nabi Musa) dengan pelbagai ujian yang besar.” (40 : Toha)
ولقد فتنا الذين من قبلهم
“Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu.” (3 : al-Ankabut)
3. Fitnah bermaksud seksa
Firman Allah:
إن الذين فتنوا المؤمنين والمؤمنات
“Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan … “
Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.
4. Fitnah bermaksud dosa.
Firman Allah:
ومنهم من يقول ائذن لي ولا تفتني ألا في الفتنة سقطوا
“Dan sebahagian mereka ada yang berkata “izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang).” (49 : at-Taubah)
5. Fitnah bermaksud kekufuran.
Firman Allah:
لقد ابنغوا الفتنة
“Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran.” (48 : at-Taubah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali imran.
6. Fitnah bermaksud pembunuhan dan kebinasaan.
Firman Allah:
إن خفتم أن يفتنكم الذين كفروا
“Sekiranya kamu takut orang-orang kafir membunuh kamu.” (101 : an-Nisa)
Begitu juga fitnah pada ayat 83 surah Yunus.
7. Fitnah bermaksud berpaling dari jalan yang benar.
Firman Allah:
واحذرهم أن يفتنوك
“Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” ( 49 : Maidah)
Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.
8. Fitnah bermaksud sesat.
Firman Allah :
ومن يرد الله فتنته
“Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya.” (41 : al-Maidah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 162 surah as-Soffat.
9. Fitnah bermaksud alasan.
Firman Allah :
ثم لم تكن فتنتهم إلا أن قالوا والله ربنا ما كنا مشركين
“kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata “Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin.” (23 : al-An’am)
Sebahgian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.
10. Fitnah bermaksud gila
فستبصر ويبصرون بأيكم المفتون
“Maka kamu akan lihat hai Muhammad dan mereka akan lihat siapakah yang gila.” (6 : al-Qalam)
Politik.. kat mana- mana negara pun ada politik.. dan semuanya main taktik kotor.. dan tetap ada fitnah, kutuk, umpat.. sehingga menyebabkan berlaku pertelingkahan sedangkan mempunyai agama yang sama *ISLAM*.. dan menyebabkan apa yang terjadi dengan rakyat pun tak diambil kisah.. seperti yang saya cakapkan tadi bila da masuk akhbar baru heboh.. tapi itu pun hanya sekejap jew ambil peduli selepas itu langsung tak ambil peduli.. yang hanya ada dalam fikiran POLITIK!! POLITIK!! POLITIK!!..
Politik.. orang kata nak tegakkan keadilan, nak bantu rakyat, nak tegakkan agama islam.. tapi terus terang saya katakan bukannya mereka tegakkan keadilan, bukanya nak bantu rakyat tapi hanya ingin MENANG !! MENANG!! MENANG!!.. dan bila dah menang lain lagi jadinya.. semua apa yang dijanjikan ntah hilang ke mana.. ni lah yang saya takutkan.. INGAT.. bila dah menang jangan terlalu riak.. syaitan ni suka menghasut.. bila syaitan dah menghasut berwaspada lah.. kembali rasa riak tu kepada rendah diri.. ingat ALLAH.. jangan time belum menang ingat ALLAH.. berdoa banyak2 kepada ALLAH.. solat sunat banyak2.. puasa sunat pun banyak2.. tapi bila dah menang lain pula jadinya.. ok ni apa kes?????
Perjuangan ke atas Palestin.. tapi tak memperjuangkan rakyat sesama islam yang ditindas.. yang tu apa telah terjadi?? tengok myanmar kan da kena tindas.. tapi bila dah teruk baru nak ambil peduli.. ehmm...
Jangan hanya memperjuangkan palestin kerana ikut - ikutan negara lain.. negara lain buat yang tu.. ikut juga nak buat.. kena hati ikhlas.. memang terdapat rakyat kita yang ambil berat dengan palestin yang di tindas.. tapi bila yang tutttt masuk campur.. macam seolah-olah hanya nak memajukan negara, nak meningkatkan ekonomi negara, nak negara lebih dikenali dengan sifat prihatinnya.. kan.. nampak tak.. macam hipokrit jew..
memang perlu kita membantu palestin,. saudara-saudara kita yang diseksa di sana.. tapi apa guna bila kita berpura - pura menjadi hipokrit dalam melaksanakan tugasan itu hanya semata - mata untuk negara lebih dikenali dengan sifat baik hati, sopan santun..menjadikan negara yang disegani.. seolah - olah hipokrit..
luaran jew nampak baik.. tapi dalaman apa jadi?? rakyat yang menderita, terseksa disebalik kejayaan negara.. itu buktinya, inilah sifat kekejaman sifat hipokrit manusia tak kira berada di negara mana pun.. sedarlah wahai manusia..
"tepuk dada, tanya iman".. fikir-fikirkanlah disebalik semua ini..
MAAFKAN SAYA JIKA TERLEBIH - LEBIH dalam memberi pendapat ini.. maafkan saya ya.. ini hanya luahan rasa hati saya terhadap dunia ini.. bukan nak memberontak.. tapi just luahan.. hanya ni tempat luahan.. bukan saya nak sebarkan.. tapi just luahan hati saya.. dan ALLAH lebih mengetahui semua ini.. PERCAYA PADA QADA DAN QADAR... ALLAH menguji semua manusia tak kira berada di dunia mana.. nak lihat hambanya yang mudah terpengaruh dan tak terpengaruh yang mudah dihasut syaitan.. yang banyakkan amal.. INGAT.. ALLAH MENGUJI SEMUA MANUSIA.. BERIMAN ATAU TAK BERIMAN TETAP AKAN DIUJI.. TAK ADA MANUSIA YANG LEPAS DARI UJIANNYA...
No comments:
Post a Comment