Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Thanks to ALLAH.. terima kasih ya ALLAH kerana mempermudahkan urusan hamba untuk memperoleh buku ini..
"A Brief to understanding Islam" and "Chinese Islamic Book and Fardhu Ain"
dalam chinese version..
aku bersyukur sangat2 kerana memperoleh kedua2 buku ni.. buku untuk dihadiahkan kepada papa dan abang aku..
aku sayang mereka..
aku nak sangat mereka berubah menuju ke jalan kebenaran..
aku tak pandai sangat cakap bahasa cina, aku pernah berikan tafsir al-quran kepada papa tetapi papa tak nak baca sebab tebal dan dalam bahasa melayu.
Dan aku teringin sangat nak melihat papa memakai baju melayu.. aku ada membelinya 2 thun lepas, tpi papa x pakai pun sebab papa x suka warna purple, sedihnya.. tetapi apakan daya..
aku ingat lagi time form 6 yg aq pena pnjam buku komik perdebatan Islam dan kristian dan aku berikan kepada abang aku untuk membacanya, siap aku tulis surat lagi (sebab time tu tinggal asrama) tetapi bila aku tanya adik aku, dia kata yg abang tak baca pun komik tu, sedihkan...
aku tahu yang abang aku telah "Mxxxxx" sukarnya sebut perkataan tu, sebab aku still ingat, time aku form 5, abang perna minta tolong aq taipkan resume untuk dia dan time aku lihat dalam resume dia
"agama = Buddha"
sedihnya, aku tak sanggup nak buat resume dia, lalu aku bagi pada adik aku untuk buat resume tu dan aku pun masuk bilik papa dan menangis teresak2 dalam tu, aku tahu yang adik aku tahu kenapa aku menangis, time tu aku tak tahu macam mana nak mengembalikan agama Islam pada papa dan abang..
n Now aku try cari tafsir al-quran version chinese untuk diberikan kepada papa.. sebab aku teringin sangat papa baca apa yang terkandung dalam al-quran tu, tentang kebenaran agama Islam dalam al-quran, aku berharap sangat dapat membuka minda papa, tetapi sehingga sekarang belum jumpa lagi, tafsir al-quran yang aku berikan sebelum ni pun version bahasa melayu, comfirm papa tak baca, n alasan papa sebab buku tu tebal sangat..
sebab aku tak pandai sangat cakap bahasa cina, ni yang membuat kan aku jarang rapat n bercakap dengan diorang.. dan sebab itu aku banyak mendiamkan diri dan hanya mampu berdoa.. dan aku tak tahu nak berdakwah dalam bahasa cina dengan papa n abang..
jika aku diberi peluang.. ingin sekali aku melihat papa atau abang menjadi imam dalam solat.. ingin sekali aku merasai solat berjemaah dengan family sebelum mata ini tertutup.. semua ni takdir ALLAH.. aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
aku tahu aku belajar solat secara sendiri, kadang2 membaca al-quran pun tanpa bantuan sesiapa, sebab aku dibesarkan bukan dari pendedahan agama Islam, alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab tulisan jawi dalam al-quran tu aku mampu membacanya tetapi aku teringin sangat untuk memperbetulkan ayat2 al-quran yang aku baca dan belajar tajwid, hidup aku dikelilingi dengan orang2 yang sederhana dalam agama Islam, tetapi aku yakin satu hari nanti ALLAH pasti berikan aku seseorang yang boleh membantu aku.. dan itu sebab aku simpan perasaan cinta sesama kekasih hanya untuk dia (bakal jodoh aku) dan bukan untuk orang lain, sebab hanya ni je aku mampu simpan berikan pada dia sebagai tanda terima kasih sebab sudi menerima aku menjadi bakal isteri dia walaupun family aku berlatar belakangkan bukan mendekati kepada agama Islam.
seperti yang selalu aku katakan..
" jadilah anak yang solehah dulu sebelum menjadi isteri solehah" sebab aku nak sangat menjadi anak solehah kepada parents aku..
terus terang aku katakan..aku tak kisah jika ALLAH tak mengampunkan dosa2 aku,tapi ampunkan la dosa kedua ibu bapa aku..aku redha jika segala dosa ibubapa aku diserahkan kepada aku..aku redha jika aku yang dihumban ke neraka.. aku rela gantikan mereka..tetapi bukan ibu bapa aku..sebab aku sayang mereka..sebab aku tak nak ibu bapa aku di humbankan ke lubang neraka..aku tak nak ALLAH menyoal mama aku sebab tak mengajar papa tentang ilmu agama..aku tak nak melihat papa aku jauh sesat..
tetapi semua ini tak mampu aku lakukan.. ALLAH berkuasa untuk segala-gala-Nya..semua ini milik-Nya..ALLAH mesti ada sebab kenapa terjadi situasi ini dalam family aku..aku tahu aku jauh dari family aku.. dan makin susah untuk aku mendekati papa and abang aku..tetapi di sini pun aku still mencari something.. something yang boleh membantu aku..yang boleh mengubah pemikiran papa dan abang aku.. untuk berfikir logik..aku berharap sangat yang papa boleh mengubah cara pemikirannya..
aku memang tak fikir pasal cinta kepada seorang lelaki.. tetapi aku memikirkan tentang family aku.. macam mana nak timbulkan perasaan cinta terhadap ALLAH..
ni juga salah satu sebab mengapa aku tak nak bercouple, tetapi aku tengah mencari seseorang yang boleh menolong aku.. menolong aku untuk mengajak family aku untuk menuju ke jalan ALLAH yang lurus.. dan ni sebab aku takut untuk bergaul dengan lelaki lain.. dan takut memberi perasaan cinta kepada lelaki lain, sebab aku risau mereka x boleh membimbing family aku..
tetapi lebih baik aku jadi anak solehah, sebab aku tahu doa dan usaha menjalani segala perintah ALLAH mampu membantu papa dan mama aku di akhirat kelak..jika menjadi anak yang solehah mampu menarik papa dan mama aku ke syurga ALLAH aku akan berusaha melaksanakannya menjadi anak yang solehah.. sebab aku sayang family aku..aku cuma berharap papa berubah.. bila papa berubah.. pasti abang pun akan turut sama berubah.. aku berharap sangat2.. balik raya ni, aku berikan buku ni kepada papa.. aku berharap sangat papa nak baca...aku nak buktikan kepada papa yang orang cina pun ramai yang reverted kepada agama islam..aku nak buktikan kepada papa bukan orang melayu je yang beragama islam.. tetapi bangsa lain pun ada yang beragama islam.. aku berharap sangat akan terbuka pintu hati papa n abang sedikit.. aku berharap sangat papa dan abang memperoleh hidayah dari ALLAH..
aku risau sangat.. dan sangat2 risau.. apa yang bakal terjadi dengan family aku ini?
buku ni akan aku serahkan bila balik kampung raya ini.. aku berharap sangat akan terjadi something..aku tahu papa suka baca buku.. aku harap dia boleh baca buku ni.. dia boleh menerima buku ini.. dia boleh baca sampai habis dan berfikir secara logik tentang Islam.. Islam itu agama yang benar..aku tak nak papa dan abang terpesong semakin jauh.. aku harap dapat melihat papa n abang kembali ke jalan benar, dan merasai papa atau abang menjadi imam dalam solat, sebelum aku menutup mata..
Ya ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih, bukakanlah pintu hati papa dan abang hamba, sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH, Ya ALLAH yang maha penyayang berikan la sedikit hidayah itu kepada papa dan abang hamba, tunjukkan la jalan mu yang terang dan benar. engkau maha pengampun ya ALLAH, ampunkan la dosa papa dan abang hamba ya ALLAH.. Hamba bermohon pada mu ya ALLAH, sesungguhnya hamba redha dengan semua yang terjadi dengan hamba tetapi hamba tak sanggup melihat papa dan abang hamba semakin terpesong.. Ya ALLAH, kabulkan la doa hamba ni ya ALLAH.. sesungguhnya engkau lagi maha mengetahui..
Amin Ya Rabb Alamin..
ni luahan hati aku.. tolong doakan sekali kawan2.. ^v^
No comments:
Post a Comment