-->
AmiraNurhayaniChongSweeLing

* Cintailah aq sebagaimana engkau mencintai ALLAH, dan Cium la aq sebagaimana engkau menciumi Al-Quran, tapi jangan mencintai aku hanya nafsu mu semata - mata, kerana itu pasti akan ku elakkan dengan izin ALLAH S.W.T, kerana setiap orang inginkan yang terbaik, bukan hanya diri ku sahaja.. dan terima la diriku dengan seadanya..* ♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥

Sakitnya tuh dsini..

Fuhhhh tajukk.. Mmg terbaik la Boboboy..  

Assalamualaikum.. dear my sweeties cutties blog.. Sorry today kena jadi lagi mangsa tadahan luahan hati.. 
Opsss.. Lupaa.. Cam na nak tadahkan if my dearest blog ni xde tangan.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

So.. Little dairy.. Prepare for the war of CurHat from me.. 

Kadang2 penatkan menjaga hati seorang insan ni.. 
Tapi kerana insan ni kita sayang.. Kita tak nak lukakan hati dia.. 
Kadang2 kita tak salah apa2 tetapi dia yang tersalah anggap.. 
Dan kita sanggup mengangkat bendera putih untuk menjaga hatinya daripada disakiti.. 

Kadang2 hati ni penat nak menjaga hati seorang insan.. 
Kadang2 nak melarikan diri daripada semua ini.. 
Kadang2 teringin nak menangis sepuas2nya.. 
Kadang2 nak cari seseorang untuk membuat luahan hati.. 
Tetapi apakan daya..  
Nak cari seseorang untuk meluah tu pun.. Orang tu tak semestinya boleh dipercayai.. 
So better zip mulut n adu pada Allah.. 

Yup.. I know that adu pada Allah pun tak puas lagi.. 
Tapii apa kan dayaa.. 
My little blog ni yg jadi mangsa baru puas kot.. Hehe
So i will try utk kurang kan perasaan chedihh dlm ati dgn luah jap dlm little twinkle mingkle blog.. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Kadang2 teringin nak gaduh dengan insan tersebut.. 
Kadang2 tangan ni kepal2 n layangkan tumbukan padu2 padanya.. 

Tapi apakan daya.. Tu hanya keinginan yang tak mungkin tercapai.. Sebab pa?? 

Sebab walau hati ini penat nak menjaga hati insan lain.. 
Namun hati ini juga yang memujuk diri ini untuk berbaik2 dgn insan trsebut..

See.. Lookk.. Nampak tak?? 

Hati ni memang lemah.. Lemah dlm penjagaan hati dia dalam menjaga hati orang lain agar tak dilukai.. 

Daripada itew bermusuh lebih baik itew angkat bendera putih dan menghulurkan salam silahturahim semula kepada insan2 yang itew sayangi..

Yang lemahnya.. Bila rasa marah tu timbul,
Bila timbul perasaan tak nak menjaga hati orang tu.. 
Bila timbul perasaan "Lantaklah kau nak watpa"

Itew Akan teringat pantang larang dalam silat.. 
"Jangan derhaka kepada guru"
"Jangan derhaka kepada ibubapa"
"Jangan bergaduh sesama ahli"

Nampak tak.. Segala pantang larang ini yang membuatkan ia menjadi pesanan untuk itew menjaga perasaan orang lain.. 

Tu salah satu sebab itew still bersabar lagi dan still menjaga hati insan2 yang kita sayangi.. 
Bukan sebab iainya adalah pantang larang silat.. 
Tapi sebab fikirkan camni.. 

Nak marah2 watpa? 
Ada faedah ke? 
Tu semua hasutan iblis je dan satu kejayaan untuk iblis.. 

Just benda kecil pun nak mengamuk tak tentu pasal.. 
Cuba fikir balik.. 
Ada tak "hadiah" yang korang akan dapat if marah2 ni? 
Tak de kan.. 
Yang dapat hanyalah bermasam muka antara satu n lain.. 
Bertengkar mulut je lebih.. "Wat penat mulut je"
N so on..
Nampak tak benda ni just a simple question to answer it.. Nothing that u can get from this.. 

So kesimpulannya.. Diam @ pujuk dia balik or angkat bendera putih.. Hehe.. 
Simple right.. 
Jaga hati, jaga perasaan orang lain agar tak dilukai.. Walau hati sendiri yang terluka teruk.. 

Panjang lebar juga itew membebel kan? 
Chowwy.. Chowwy.. 
Itew nak ckp chikit je.. Tapi terbanyak pula.. Ni semua sebab nak jaga hati insan yang disayang la ni.. 

Cian cuttiest blog itew.. Jadi mangsa.. Ni just CurHat itew.. Sambil CurHat.. Sambil bagi nasihat pada diri chendiwri.. Sambil pujuk diri chendiwri.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Apa yang penting? 
KERJASAMA.. 
Opss lari topik la pula.. Back to main point.. 
Apa yang penting? 
Walau hati chendiwri yang terluka, jagalah hati insan yang kita sayang tu agar tak menimbulkan perbalahan dan pergaduhan pada masa2 akan datang.. 

Note : Insan yang disayangi tu maksudnya, parents, teachers, lecturers, friends, siblings, lovers.. And yang sama waktu dengannya..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Okeyy my chomeytie blog.. I've done untuk sesi CurHat @ meluahkan perasaan @ simple mimple meaning CURahan HATi.. 

Thanks my cutties blog sudi meluangkan masa bersma2 itew ari ni.. 

Nahh kisss frommm me... ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Lov ya.. 




0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kenapa aq Berniqab

Bismillahirahmannirahim. . 
Kenapa saya berniqab ? 

Soalan yang seringkali di ajukan di dalam inbox fb, Bacalah dengan nama 'Tuhanmu' dan hayatilah. . 

Saya yang kalian kenal sebagai 'Kak Hassanah' adalah seorang anak yang lahir dalam keluarga yang agak besar (Sabahan Mix Chinese). Sebelah mak mostly not yet muslim, sebelah ayah juga not yet muslim. That means kelompok keluarga yang beragama islam hanya dalam 20% saja berbanding 80% yang beragama lain. Kenapa saya kata beragama lain ? Kerana keluarga saya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, ada anty yang kahwin cina, ada anty yang kahwin indian, ada sepupu yang kahwin orang iban, ada pakcik yang kahwin mat salleh, ada pakcik yang kahwin kelantan, dan sewaktu dengannya. Pendek kata, ramai antara mereka yang kahwin campur. Kalau nak imagine pula bilangan anak cucu cicit atok dan nenek, bayangkan saja, sebelah mak atok kahwin 2. Kahwin pula usia muda. Sebelah ayah atok kahwin 1. Tapi juga usia muda, dalam lingkungan 12 tahun sudah beranak pinak. Maka terhasillah beratus-ratus cucu cicit yang tak pernah putus-putus. Dasattt bukan ?

Pakaian wajib mereka bila ada event family day semestinya pakaian seksi meksi, hatta saya sendiri minat pakaian seksi. Perempuan mana yang tak suka dipuji ? Tapi seksi manapun mereka, satu yang saya salute tidak ada antara mereka yang terjebak dalam kes 'terlanjur' dan sebagainya. 

Mana ada bayi yang terus lahir pandai membaca. Mana ada manusia yang tidak punya masa lampau, hatta untuk menjadi rama-rama cantik pun ada fasanya. Inikan pula kita ? Ada satu masa, Ketika join sepupu perempuan dan anty-anty yang bujang keluar shopping, saya tersesat arah. Maksudnya mereka semua ada di mall sekian sekian, tapi saya masih menunggu mereka di mall sekian sekian. Diuji pula dengan telefon yang kehabisan bateri. Dulu mana ada power bank, mati bateri tamatlah riwayat. 

Dompet pula tiada wang. Sudah beli pakaian ini itu. Macam mana nak balik tiada duit ? Nak menangis dapat apa ? Nak marah dapat apa ? Saya pun jalan ke sana sini seperti orang gila mencari arah tujuan. Dalam hati berdoa, mudah-mudahan terserampak dengan mereka. Tapi hampa. Hari semakin gelap, badan sudah letih, tekak sudah haus. Sudah tidak bermaya. Saya ambil keputusan untuk stay rehat di perhentian bas, mana tahu nampak kereta anty lalu. Dan akhirnya terlelap. Masa syok terlelap tu, dengar laungan kuat,

ALLAHU AKBAR. . 2x

ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. .2x

HAYYA' ALASH-SHALAAH. . 2x

HAYYA' ALAL-FALAAH. .2x

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR. .1x

LAA ILAAHA ILLALAAH. .1x

Habis saja laungan azan maghrib, ada sesuatu 'rasa' yang tidak pernah dirasa selama ini. Mungkin sebab suara azan yang sangat merdu dan sayu, mungkin sebab tenangnya jiwa mendengar seruan betapa Maha Besar Allah, dan mungkin sebab lain. Wallahi air mata jatuh. .

Bila nampak masjid depan mata, saya terfikir 

" Orang yang masuk masjid mesti baik-baik. Baik aku pinjam hp sesiapa call family. Lagipun bahaya sendiri di sini. "

Dengan perasaan tak tahu malu dengan pakaian yang dipakai, saya sudah tidak memikirkan pandangan buruk orang, asalkan saya dapat balik rumah.

Saya terus setia berdiri di tangga masjid, menunggu kalau-kalau ada orang nak naik nak pinjam hp. Tidak lama tu, ada lelaki muda berserban putih, sebaik dia nampak saya, terus dia beristigfar tanpa memandang saya. 

Berulang kali saya dengar istigfar. Rasa bersalah pun ada sebab sedar pakaian yang saya pakai tak sepatutnya dipakai. 

Dia tanya,
" Ada apa-apa yang cik perlukan bantuan ? "

Saya angguk. Tapi dia diam. Baru perasan, dia still tak pandang saya. Mana dia nampak saya tengah angguk ke geleng ke. Saya pun bersuara,

" Ya. Saya nak pinjam hp. "

" Nama apa ? "

Dia tanya lagi,

" Hassanah. "

Saya jawab ringkas. 

Terus dia pandang saya, dan cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain. Terkejut barangkali nama tidak seperti peribadi si pemilik nama. 

" Kamu tunggu di sini. Sekejap lagi isteri saya datang. Dia ada dalam kereta kebetulan ada barang tertinggal dalam kereta."

" Terima kasih. "

Hanya itu yang mampu saya lafaz. 

Sebelum dia naik ke tangga seterusnya dia sempat pesan,
" Mana ada 'orang jahat' yang datang ke rumah Allah, melainkan mahu balik pada Allah. "

Ya Allah.
Deep. .

Sekali lagi air mata jatuh terkesan sangat. Tidak lama kemudian, nampak seorang wanita berniqab hitam berjubah hitam. Saya tidak cam wajah dia, tapi dari bentuk matanya saya dapat rasa dia seorang wanita yang sangat cantik. Dia bagi salam dan tanya kenapa saya berdiri di tangga. Setelah saya ceritakan sekian sekian dia ajak saya masuk masjid. Saya cakap, malu nak masuk sebab pakai macam ni. Dia pun pergi semula ke kereta dan sampai saja ke arah saya, dia bagi jubah hitam dan tudung hitam. Dia kata kebetulan tengah bermusafir dengan suami, beg pakaian ada dalam kereta. Dia suruh saya ke toilet tukar pakaian dan masuk ke masjid.

Dia sempat pesan,
" Kalau belum solat, ambillah wuduk sekali. "

Ya Allah. 
Bermonolog sendiri, Susunan wuduk pun aku tak tahu. 

Masa tu memang dah mengalir air mata dah. Bila nampak jasad depan cermin, cantiknya. Indahya tutup aurat. Tipu kalau tak jatuh air mata, then just basuh muka tanpa ambil air wuduk. Bukan tidak pernah belajar di sekolah, bukan tidak pernah diajar di rumah, tapi tak amal apa yang diajar. Maka jadinya tunggang langgang. 

Perlahan-lahan saya masuk ke pintu masjid dan duduk belakang, selesai wanita tadi solat, dia tegur kenapa saya tak solat lagi. Saya jawab, tak reti bacaan dalam solat. Tak hafal. Panjang sangat. Bukan mak ayah tidak didik, tapi saya yang taknak dididik. Paling sebak, dia ajar cara-cara solat dari awal sampai akhir, sambil dia fahamkan sambil dia tulis setiap bacaan solat dalam sekeping kertas. Kalau tak silap hampir 5,6 kali dia ulang sehingga saya faham sungguh-sungguh. Di baris bawah dia tulis,

" Solatlah. Kamu akan lebih kenal Tuhanmu. "

Saya cakap dengan kakak tu terima kasih, lagi-lagi dia dan suami sepakat nak hantar saya balik rumah. Hanya Allah yang balas jasa baik mereka. 

Saya tanya dia,
" Kenapa Kak berniqab ? "

Dia buka niqab depan saya dan senyum. Masya Allah tergugat jiwa lihat wajah dia. 

" Sebab muka akak cantik ye ? "
Saya tanya dia laju. 

Dia geleng. Dan kata pada saya,
" Cuba pakai niqab itu. "

Saya pun try pakai, macam gaya dia pakai tadi. Sebaik secebis kain menutupi wajah, air mata saya jatuh. Dia cakap, Subhanallah berulang kali setelah melihat saya. Then tanya, apa yang kamu rasa setelah berniqab ? 

" Tenang. "

Saya jawab ringkas. 

Dia kemudian pakai semula niqab tadi, dan keluarkan satu niqab stok dalam beg tangan. Dia jelaskan selalu kalau pi mana-mana mesti ada stok niqab dalam beg tangan takut yang dipakai kotor. Dia hulur, katanya sebagai hadiah dan siap pesan, cuba cari ketenangan yang kamu cakap tadi. 

Dari kejadian itu, saya bertekad pada tahun 2013 untuk memakai niqab. 

Saya digelar ninja, saya digelar penjahat, saya digelar si gadis topeng, paling dahysat saya digelar syiah oleh bestfriend sendiri. 

Saya dimaki, dicaci, dikutuk, diumpat, diketawakan, dihina, diperli, disakiti, oleh keluarga dan rakan-rakan. Paling banyak menyaksikan air mata hijrah saya ialah sahabat dunia akhirat, Nurul Ain Sohrab II
. 

Sampai satu saat, semua yang berkata buruk terhadapku sudah hilang kata-kata. Saya jangka saya akan bertambah sepi di dunia yang serba moden dan canggih ini, saya sangka saya semakin tersisih dalam masyarakat islam saya sendiri. Namun Allah memberi keterangan yang nyata kepada saya, jika sesuatu itu secara fitrah dan syariat bahkan punya hujah di sisi-Nya, tiada siapa yang mampu menghapuskan amalan tersebut dari kalangan wanita yang mahu memilih niqab sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.

Jika selama ini kalian baca dan dengar pengalaman dari individu berbeza mengenai kenapa mereka berniqab ?
Maka kebanyakannya mengeluarkan hujah yang sama bukan ?

Dan bila ditanya soalan itu kepada saya, satu yang saya nak cakap. 

" Pakailah secebis kain itu dan 'rasa' kenikmatan dan keindahannya. "

Again,
Pakailah dan rasakan. 

Berhijrah itu tidak susah,
Susah itu hanya dalam fikiran kita. It's not difficult to change, the diffculties come within us. Begin with a step. 

Be the change. 
Whatever you are going through, may Allah take it easy for you. Be patient, better time will come, Insha-Allah. And don't forget to say alhamdulillah for every situation in your life. 

" Sometimes the people with the worst past, create the best future. "
- Saidina Umar 

Hanya yang berpuasa merasai nikmat puasa, hanya yang berhijrah merasai nikmat hijrah, hanya yang bertaubat merasai nikmat taubat, hanya yang menangis merasai nikmat air mata. 

Menangislah tapi jangan pernah mengalah. 

Wanita itu diciptakan dengan sangat seksi, tetapi seksilah pada cara yang betul. Being sexy doesn't mean you have to show your aurah.

Hassanah,
I love my name and i love my self. 

Copynpaste
ini satu lgi pengalaman ... best baca dia. siapa kata nk berubah xboleh drastik.. ..
kak nina .. hahaha memain dia ye...
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Yakin la.. Kurnia Allah itu lebih besar

Kisah Nyata : Terlewat Nikah 

Aku telah menamatkan zaman kuliahku dan kini aku bergelar seorang wanita yang berkerjaya.

Lamaran pinangan terhadap diriku untuk menikah juga datang tidak putus-putus, tetapi aku merasakan tiada seorang pun yang dapat menarik minatku

Kemudian kesibukan kerja dan cita-citaku  membuatkan aku leka dan hanyut dalam duniaku sendiri sehinggalah aku berusia 34 tahun. 

Ketika itulah baru aku sedar bahawa betapa susahnya lewat bernikah.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda meminangku. Usianya tua 2 tahun dariku. Dia berasal dari keluarga yang kurang mampu. Tapi aku ikhlas menerima dirinya seaadanya.

Kami mulai menghitung waktu pernikahan. Dia meminta kepadaku salinan KTP untuk menguruskan surat-surat pernikahan. Aku segera menyerahkan semua yang diperlukan.

Setelah dua hari berlalu, ibunya menghubungiku melalui telepon. Beliau memintaku supaya bertemu secepat mungkin.

Aku segera menemuinya. Tiba-tiba ia mengeluarkan salinan KTPku. Dia bertanya kepadaku apakah tarikh lahirku yang terdapat di KTP itu benar?

Aku menjawab: Benar.

Lalu ia berkata: Jadi umurmu sudah mendekati usia 40 tahun?!

Aku menjawab: Usiaku sekarang sebenarnya 34 tahun.

Ibunya berkata lagi: ya, sama saja.
Usiamu sudah lewat 30 tahun. Ertinya  kesempatan untuk memiliki anak sudah semakin tipis.
Sementara aku nak sangat menimang cucu.

Dia tidak mahu diam sampai ia mengakhiri proses pinangan antara diriku dengan anaknya.

Masa-masa sukar itu berlalu sampai 6 bulan.
Akhirnya aku memutuskan untuk pergi melaksanakan ibadah umrah bersama ayahku, supaya aku boleh menyembuhkan  kesedihan dan kekecewaanku di Baitullah.

Akupun pergi ke Mekah.
Aku duduk menangis, berlutut di depan Ka'bah.
Aku memohon kepada Allah supaya diberi jalan terbaik.

Setelah selesai solat, aku melihat seorang perempuan membaca al Qur'an dengan suara yang sangat merdu.
Aku mendengarnya lagi mengulang-ulangayat:

(ูˆูƒุงู† ูุถู„ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠูƒ ุนุธูŠู…ุง)

"Dan karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar".

(An Nisa': 113)

Air mataku menitis  dengan derasnya mendengar alunan ayat itu.

Tiba-tiba perempuan itu merangkulku ke pangkuannya.
Dan ia mulai mengulang-ulang firman Allah:

(ูˆู„ุณูˆู ูŠุนุทูŠูƒ ุฑุจูƒ ูุชุฑุถูŠ)

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas".

(Adh Dhuha: 5)

Demi Allah, seolah-olah aku baru kali pertama mendengar ayat itu seumur hidupku. Pengaruhnya sangat luar biasa, jiwaku menjadi tenang.

Setelah seluruh ibadah umrah selesai, aku kembali ke Cairo.
Di pesawat aku duduk di sebelah kiri ayahku, sementara disebelah kanan beliau duduk seorang pemuda.

Sesampainya pesawat di bandara, akupun turun.
Di ruang tunggu aku bertemu suami kepada salah seorang sahabatku.

Kami bertanya kepadanya, dalam urusan apa ia datang ke bandara?
Dia menjawab bahwa ia sedang menunggu kedatangan sahabatnya yang menaiki pesawat yang sama dengan kami naiki.

Hanya beberapa saat, tiba-tiba sahabatnya itu datang.
Ternyata ia adalah pemuda yang duduk di kerusi disebelah kanan ayahku tadi.

Seterusnya aku berlalu dengan ayahku.....

setibanya aku sampai di rumah dan menukar  pakaian, sedang berehat, sahabatku yang suaminya tadi kebetulan betemu di bandara menghubungiku.
Terus saja ia menyatakan bahawa sahabat suaminya yang kebetulan menaiki pesawat  denganku sangat tertarik kepada diriku.
Dia ingin bertemu denganku di rumah temanku itu dimalam itu juga.
Atas alasan,urusan yang baik perlu disegerakan.

Jantungku berdegup  sangat kencang akibat kejutan yang tidak pernah aku bayangkan.

Lalu aku meminta pendapat kepada  ayahku terhadap tawaran suami sahabatku itu.
Beliau memberi semangat untuk untuk aku menerima perlawaan tersebut.
Boleh jadi dengan cara itu Allah memberiku jalan keluar.

Akhirnya.....aku pun datang ke rumah temanku itu.

Setelah beberapa hari selepas kunjungan kerumah itu, pemuda tadi pun datang melamarku secara rasmi.
Hanya satu bulan setengah setelah pertemuan itu kami betul-betul sudah menjadi pasangan suami-istri.
Jantungku betul-betul berdegup kencang dengan pengharapan kebahagiaan.

Kehidupan berkeluarga berjalan lancar dengan optimis  dan detik-detik kebahagiaan.
Aku mendapatkan seorang suami yang aku impikan.
Dia seorang yang sangat baik, penuh cinta, lemah lembut, dermawan, mempunyai akhlak yang subhanallah, ditambah lagi keluarganya yang sangat baik dan terhormat.

Namun sudah beberapa bulan berlalu belum juga ada tanda-tanda kehamilan pada diriku.
Perasaanku mulai diselubungi cemas.
Apalagi usiaku waktu itu sudah memasuki 36 tahun.

Aku minta kepada suamiku untuk membawaku supaya melakukan  pemeriksaan diri di hospital.
Aku bimbang kalau-kalau aku tidak boleh hamil.
Kami pergi menjalani  pemeriksaan dengan  seorang doktor yang sudah terkenal dan berpengalaman.
Dia minta kepadaku untuk buat ujian darah.

Ketika kami menerima keputusan ujian darah, ia berkata bahawa tidak perlu aku meneruskan pemeriksaan berikutnya, karena hasilnya sudah nyata.
Terus sahaja dia mengucapkan "Tahniah, anda hamil!"

Hari-hari kehamilanku pun berlalu dengan selamat, sekalipun aku mengalami kesusahan yang lebih dari orang biasanya.
Mungkin kerana aku hamil di usia yang sudah agak berumur.

Sepanjang kehamilanku, aku tidak punya keinginan untuk mengetahui jatina anak yang aku kandung.
Kerana apa pun yang Allah kurniakan kepadaku semua adalah nikmat dan kurniaan-Nya.

Setiap kali aku mengaduk bahawa rasanya kandunganku ini terlalu besar, dokter itu menjawab:
Itu karena kamu hamil di usia lewat 36 tahun.

Seterusnya tibalah hari-hari yang ditunggu, hari saatnya melahirkan.

Proses bersalin secara caesar berjalan dengan lancar.
Setelah aku sedar, doktor masuk ke bilikku dengan senyuman manis di wajahnya sambil bertanya tentang jenis jatina anak yang aku harapkan.
Aku menjawab bahawa aku hanya mendambakan kurniaan daripada  Allah.
Tidak penting bagiku jenis jatinanya. Lelaki atau perempuan akan aku sambut dengan ribuan kesyukuran.

Aku dikejutkan dengan pernyataannya:

"Bagaimana pendapatmu kalau kamu mendapat Hasan, Husen dan Fatimah sekaligus?

Aku tidak paham apa  yang ia katakan.
Dengan penuh tanda tanya aku bertanya apa yang ia maksudkan?

Lalu ia menjawab sambil menenangkan ku supaya jangan terkejut dan histeria bahawa Allah telah mengurniakan 3 orang anak sekaligus. 2 orang bayi lelaki dan seorang perempuan.

Seolah-olah Allah mahu memberiku 3 orang anak sekaligus untuk mengejar ketinggalanku dan lantaran kelewatan  umurku.

Sebenarnya doktor itu telah mengetahui bahawa aku mengandung anak kembar 3, tapi dia tidak menyampaikan berita itu kepadaku supaya aku tidak cemas menjalani masa-masa kehamilanku.

Lantas aku menangis sambil mengulang-ulang ayat Allah:

(ูˆู„ุณูˆู ูŠุนุทูŠูƒ ุฑุจูƒ ูุชุฑุถู‰)

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". (Adh Dhuha: 5)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

(ูˆَุงุตْุจِุฑْ ู„ِุญُูƒْู…ِ ุฑَุจِّูƒَ ูَุฅِู†َّูƒَ ุจِุฃَุนْูŠُู†ِู†َุง )

"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, karena sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami..." (Ath Thur: 48)

Bacalah ayat ini penuh taddabur dan menghayatinya, teruskan berdoa dengan hati penuh yakin bahawa Allah tidak pernah dan tidak akan pernah membiarkanmu.

Jazaakumullahu khairan
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

Tahniah.. ALHAMDULILLAH, Anda Tetamu Yang Ke

myspace web counter
myspace web counter

Blog Archive

  • ►  2016 (2)
    • ►  February (2)
  • ▼  2015 (12)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ▼  September (3)
      • Sakitnya tuh dsini..
      • Kenapa aq Berniqab
      • Yakin la.. Kurnia Allah itu lebih besar
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  October (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (56)
    • ►  December (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (30)

✿♥All About Me♥✿

✿♥CHONG SWEE LING♥✿
✿♥AMIRA NURHAYANI♥✿
✿♥PUTERI CAHAYA KEHIDUPAN♥✿
✿♥lahir pada 10-09-1991♥✿
✿♥email putri.amiera@yahoo.com.my♥✿
✿♥status hak milik ALLAH dan di dunia hak milik sementara ibubapa♥✿
✿♥Cinta..cinta..cinta.. hidupku dipenuhi dengan cinta kepada ALLAH S.W.T, RASULULLAH S.A.W, MAMA and PAPA ku, JODOHKU dan alam sekeliling yang ada di dunia atau pun di luar dunia.. ahakz..cak..cak..cak..♥✿

Facebook Badge

Amira Nurhayani Swee Ling

Create Your Badge

Followers

MY songs



Owned by Amira Nurhayani Chong Swee Ling. Powered by Blogger.