-->
AmiraNurhayaniChongSweeLing

* Cintailah aq sebagaimana engkau mencintai ALLAH, dan Cium la aq sebagaimana engkau menciumi Al-Quran, tapi jangan mencintai aku hanya nafsu mu semata - mata, kerana itu pasti akan ku elakkan dengan izin ALLAH S.W.T, kerana setiap orang inginkan yang terbaik, bukan hanya diri ku sahaja.. dan terima la diriku dengan seadanya..* ♥✿Puteri Cahaya Kehidupan✿♥

Mujahidah Nafsu

Mujahadah hawa nafsu; "Kenali kedoifan, kelemahan diri kita untuk mencapai satu maqam ehsan disisi Allah سبحانه وتعالى. Satu maqam yang nafsunya mencapai tingkatan yang sempurna disisi Allah سبحانه وتعالى. Bersama kita bermuhasabah diri dan tanya diri kita. Dimanakah nafsu kita berada sekarang?"

"Nafsu itu terbahagi kepada tujuh jenis tingkatan nafsu manusia. Yang pertama adalah Nafsu Ammarah jahat. Yang kedua adalah Nafsu Lawwamah Mencela Diri Sendiri. Yang ketiga adalah Nafsu Mulhamah Ilham dari-Nya. Yang keempat adalah Nafsu Mutmainnah Tenang. Yang kelima adalah Nafsu Radhiah Redha. Yang keenam adalah Nafsu Mardhiah Wali Allah. Yang ketujuh adalah Nafsu Kamilah Sempurna."

"Manusia kebiasaanya bermula pada nafsu ammarah iaitu nafsu yang mengajak seseorang itu kepada kejahatan dan keburukan. membawanya kepada dosa dan maksiat. Apabila dia bermujahadah melawan dengan nafsunya maka nafsunya itu akan membawa kepada tingkatan nafsu lawwamah iaitu nafsu yang mencela, mengkritik dirinya sendiri." Kenapa aku melakukan dosa. Kenapa aku melakukan kemaksiatan"

"Dia mencela dirinya sendiri. Dia melihat keaiban dirinya sendiri. Allah سبحانه وتعالى mengurniakan manusia dua mata. Yang mana satu mata adalah untuk melihat kebaikan, kelebihan orang lain dan satu mata lagi untuk melihat keburukan dan keaiban dirinya sendiri."

"Maka nafsu lawwamah ini dilawan akan naik kepada nafsu mulhamah. Nafsu yang dikurniakan oleh Allah untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik. Dan apabila bermujahadah lagi maka nafsunya itu akan naik kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang tenang."

"Tenang dengan apa yang terjadi. Apabila diperangi, dilawan maka ia akan naik lagi kepada tingkatan nafsu radhiah iaitu nafsu yang redha. Redha akan takdir Allah سبحانه وتعالى. Berasa gembira, seronok "happy." Apabila Allah timpakan musibah maka dia berasa "happy" kerana ianya daripada Allah سبحانه وتعالى. Disakiti oleh manusia maka dia redhai. Redha itu penting ke atas apa yang berlaku, takdir yang menimpa kepadanya dan ke atasnya. Dia redha."

"Daripada nafsu radhiah dia bermujahadah lagi maka akan naik kepada nafsu mardhiah Nafsu Para Wali. Pada peringkat ini nafsu dia bukan sahaja redha tetapi ianya diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى. Pada ketika ini segala perhubungannya, kelakuannya adalah kepada segala kebaikan dan ketaatan. Nafsunya itu menjadikan ia melakukan ketaatan. Tak terfikir pun untuk melakukan kejahatan."

"Wali Allah سبحانه وتعالى juga bukan maksum dan ianya juga tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan. Tetapi, Kadang-kala dosa itu yang akan menaikkan lagi maqamnya kerana ianya menyesal kepada perkara dosa yang dilakukan tersebut."

"Dan ianya akan meningkatkan lagi ibadahnya. Contohnya dia melakukan satu malam bertahajud menyesal ke atas dosanya. Memperbaiki diri lagi, muhasabah diri lagi untuk menjadi lebih baik. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Rasulullah ﷺ bersabda "Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang maka dekatilah ia. Sesungguhnya dia akan mengajarkan kepada kamu "hikmah."

"Kemudian daripada nafsu mardhiah naik kepada tingkatan nafsu yang paling tinggi iaitu nafsu kamilah yang sempurna yang mana ianya hanya dicapai oleh Para Rasul, Para Nabi. Akan tetapi manusia biasa juga boleh mencapai tingkatan itu dengan syarat ianya betul-betul bersungguh-sungguh bermujahadah melawan nafsunya seperti Para Wali dan Para Solihin."

"Orang yang berada pada peringkat nafsu yang tertinggi ini yakni nafsu kamilah. Setiap perlakuannya benar-benar mengikut garis keredhaan Allah سبحانه وتعالى dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan."

"Cintanya tertumpa pada Allah سبحانه وتعالى. Ingatannya pada Allah tidak pernah terputus. Allah سبحانه وتعالى menyebutkan di dalam hadis qudsi mengatakan "Sesungguhnya telah lama orang yang baik-baik itu rindu untuk bertemu dengan Aku. Dan ketahuilah sebaliknya Aku lebih rindu untuk bertemu dengan mereka."

"Memerangi hawa nafsu itu adalah satu jihad. Setiap orang itu perlu bermujahadah melawan hawa nafsunya. Seorang yang bermujahadah melawan hawa nafsu amarahnya akan ada beberapa tingkat di dalam keikhlasan dalam ibadat mereka. Pertama, dia akan melakukan semuanya ibadatnya pekerjaannya kerana habuan dunia semata-mata."

"Jika dia bermujahadah lagi, dia akan sampai pada tahap Kedua iaitu, iaitu melakukan amalan tetapi ada percampuran, dia inginkan redha Allah سبحانه وتعالى tapi dalam masa yang sama dia inginkan habuan dunia."

"Jika dia mujahadah lagi, akan sampai tahap Ketiga iaitu beliau melakukan amalan kerana menginginkan kelebihan atau kesihatan pada tubuh badan. Contohnya, beliau berpuasa sunat hanya untuk menjaga tubuh badannya supaya sihat."

"Jika dia bermujahadah lagi, dia akan sampai pada tahap Keempat , peringkat keikhlasan ini diterima Allah سبحانه وتعالى akan tetapi belum sampai pada tahap wali Allah سبحانه وتعالى. Dia melakukan amalan kerana mengharapkan syurga dan takutkan neraka."

"Jika dia bermujahadah lagi. Dia akan sampai pada tahap makrifat diri pada Allah سبحانه وتعالى, dia beramal bukan kerana takutkan syurga atau neraka, tetapi kerana beliau beramal semata-mata kerana menginginkan Redha Allah سبحانه وتعالى semata-mata."

Copy paste
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan diri


BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati ada berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ada CINTA dalam BISMILLAHIRROHMANNIROHIM.. 💖


Bismillahirrohmannirohim
(Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

BISMILLAH satu kalimat yang tidak asing bagi seorang muslim. BISMILLAH  diucapkan ketika akan memulai setiap perkara yang bermanfaat. Rasulullah bersabda, "Setiap perkara yang tidak dimulai dengan  BISMILLAH  (dalam riwayat lain: dengan mengingati Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkahan-Nya."
Mari kita sama-sama lihat kelebihan yang ada pada kalimat ini...

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi).


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat penjaga neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian, kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Perkongsian untuk yang masih tidak mengetahui hal ini dan kepada yang sudah sedia maklum moga ia akan menguatkan lagi memori dalam fikiran kita...
Selamat beramal (^_^)


Kata Hatiku : Hanya dengan menyebut satu kalimah sahaja Allah memberikan pelbagai ganjaran kepada kita...rugi kalau kita tak amalkan...
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

Tahniah.. ALHAMDULILLAH, Anda Tetamu Yang Ke

myspace web counter
myspace web counter

Blog Archive

  • ►  2016 (2)
    • ►  February (2)
  • ▼  2015 (12)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  May (1)
    • ▼  April (3)
      • Mujahidah Nafsu
      • cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan diri
      • Ada CINTA dalam BISMILLAHIRROHMANNIROHIM.. 💖
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  October (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (56)
    • ►  December (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (30)

✿♥All About Me♥✿

✿♥CHONG SWEE LING♥✿
✿♥AMIRA NURHAYANI♥✿
✿♥PUTERI CAHAYA KEHIDUPAN♥✿
✿♥lahir pada 10-09-1991♥✿
✿♥email putri.amiera@yahoo.com.my♥✿
✿♥status hak milik ALLAH dan di dunia hak milik sementara ibubapa♥✿
✿♥Cinta..cinta..cinta.. hidupku dipenuhi dengan cinta kepada ALLAH S.W.T, RASULULLAH S.A.W, MAMA and PAPA ku, JODOHKU dan alam sekeliling yang ada di dunia atau pun di luar dunia.. ahakz..cak..cak..cak..♥✿

Facebook Badge

Amira Nurhayani Swee Ling

Create Your Badge

Followers

MY songs



Owned by Amira Nurhayani Chong Swee Ling. Powered by Blogger.